Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

22 Julai Diisytihar Cuti...

KUCHING - Tarikh 22 Julai diisytiharkan sebagai cuti umum sempena hari kemerdekaan Sarawak...

Bapa ADUN P.Pinang Ditahan...

GEORGE TOWN - Bapa seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang telah...

14 Ciri WhatsApp Yang...

SAMA ada mahu mahu 'pin' perbualan penting di bahagian paling atas atau mahu...

Pemandu Teksi, Pengawal Warga...

JOHOR BAHRU - Dua lelaki, seorang daripadanya warga asing ditahan kerana terlibat dalam...

Anwar Pertahan Jawatan Presiden KEADILAN

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempertahankan jawatan sebagai Presiden KEADILAN bagi penggal baharu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pejabat Presiden KEADILAN itu menerusi kenyataan memaklumkan permohonan pencalonan untuk bertanding bagi mengekalkan jawatan tertinggi parti selama tiga tahun lagi, dibuat pada jam 12.14 tengah hari tadi.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempertahankan jawatan Presiden KEADILAN bagi penggal 2022/2025.

“Beliau mengemukakan permohonan untuk bertanding menerusi aplikasi ADIL pada jam 12.14 tengah hari,” katanya, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) KEADILAN, Dr Zaliha Mustafa, ketika dihubungi memaklumkan proses pencalonan bagi jawatan tertinggi, yang dilaksanakan sejak dibuka pada jam 12.01 tengah malam tadi hanya menerima satu nama untuk jawatan presiden.

Katanya, proses yang ketika ini dikendalikan secara hibrid, iaitu menerusi aplikasi ADIL dan berkunjung sendiri ke ibu pejabat parti, dekat Petaling Jaya masih terbuka untuk menerima sebarang pencalonan.


“Ya, setakat ini JPP hanya terima satu nama, iaitu Datuk Seri Anwar untuk bertanding jawatan Presiden KEADILAN,” katanya sambil menambah pencalonan akan ditutup pada jam 11.59 malam ini.

Zaliha, Jumaat lalu dilaporkan berkata tarikh pencalonan bagi 20 ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) di Kongres Nasional, 20 ahli Majlis Pimpinan Angkatan Muda KEADILAN Pusat (MPAMKP) di Kongres Angkatan Muda KEADILAN dan 20 ahli Majlis Wanita Pusat (MPWP) di Kongres Wanita akan ditangguhkan daripada 11 April kepada 28 Mei depan.

Penangguhan itu dibuat susulan pandangan dikemukakan ahli Majlis Biro Politik KEADILAN yang bersidang pada 6 April lalu, bertepatan dengan proses pemilihan di kongres kelak, sekali gus membolehkan kempen oleh calon dibuat secara lebih bersasar.

Rentetan keputusan itu, pencalonan hari ini hanya membabitkan enam jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) iaitu presiden, timbalan presiden dan empat naib presiden.

Turut berlangsung adalah lima jawatan utama MPAMKP dan MPWP, iaitu ketua, timbalan ketua dan tiga naib bagi sayap masing-masing.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori