Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Iklan Ini Berikan...

APAKAH yang akan lakukan jika mengetahui bahawa anda tidak punya jangka hayat yang...

Mahathir Tidak Ikuti Pembatalan...

KUALA LUMPUR - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengikuti perkembangan keputusan...

145 Remaja Terlibat Aktiviti...

MACHANG - Seramai 145 remaja bawah umur terbabit dengan aktiviti penyalahgunaan dadah di...

Bayi 4 Bulan Maut...

SEMPORNA - Seorang bayi perempuan berumur empat bulan maut selepas kenderaan pacuan empat...

Barat Kerah Tentera Ke Ukraine Jika Rusia Guna Senjata Kimia

LONDON – Menteri Angkatan Tentera Britain, James Heappy menyatakan bahawa negara itu dan sekutu-sekutu Baratnya tidak teragak-agak untuk mengerahkan askar ke Ukraine sekiranya Rusia terbukti menggunakan senjata kimia, lapor akhbar The Sun semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Heappy berkata, semua pilihan sudah dibentangkan dari segi kemungkinan tindak balas yang bakal diambil oleh Barat.

Beliau ketika itu menjawab kepada laporan yang tidak disahkan bahawa tentera Kremlin telah melancarkan serangan biologi ketika mengepung Mariupol.

Malam semalam, ahli parlimen Ukraine, Ivanna Klympush mendedahkan ‘bahan tidak diketahui’ yang telah digunakan sehingga menyebabkan mangsa mengalami serangan pernafasan.


“Ia berkemungkinan besar senjata kimia. Ini adalah ‘garis merah’ di mana dunia mesti memusnahkan ekonomi despotisme,” kata Klympush.

Tambah Heappy, pelepasan senjata biologi oleh Moscow adalah tidak boleh diterima dan melepasi ‘garisan merah’ bagi Barat.

“Ia bergantung kepada apa yang mereka dilakukan, oleh itu tindak balas yang bakal dilakukan adalah berkadar,’’ kata Heappy.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori