Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Taman Tasik Titiwangsa Masih...

KUALA LUMPUR - Warga kota masih berpeluang mengunjungi Taman Tasik Titiwangsa di sini...

Perhimpunan Kebangkitan Melayu Perlu...

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Kebangkitan Maruah Melayu perbuatan tidak bertanggungjawab dan perlu dihalang...

Mangsa Kebakaran Terima RM10,000...

BAGAN SERAI - Sebuah keluarga yang kerugian lebih RM250,000 selepas rumah mereka di...

Malaysia Adakan Majlis Peringati...

SEPANG - Malaysia mengadakan majlis memperingati ulang tahun pertama tragedi pesawat Malaysia Airlines...

Batu Nisan Ditemukan Di Ruang Solat Masjid

KULIM: Jemaah yang mahu menunaikan solat Subuh terkejut apabila menemukan batu nisan di ruang solat Masjid Al Itihad di Sungai Kob di sini hari ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Batu nisan tersebut ditemukan jemaah di saf hadapan ruang solat kira-kira pukul 5.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd. Redzuan Salleh berkata, seorang jemaah lelaki berusia lingkungan 60-an yang datang awal untuk melakukan persiapan bagi solat Subuh berjemaah menemukan batu nisan tersebut di masjid berkenaan.

“Batu nisan itu ditemukan berada di ruang solat dan hasil pemeriksaan mendapati cermin tingkap hadapan masjid pecah. Kita percaya ada individu membaling batu nisan itu ke dalam masjid,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, jemaah terbabit kemudian memaklumkan kepada ahli jawatankuasa masjid sebelum membuat laporan polis.


Mohd. Redzuan berkata, hasil siasatan mendapati batu nisan itu adalah dari kawasan perkuburan yang terletak bersebelahan.

“Pemeriksaan pada kamera litar tertutup (CCTV) masjid mendapati terdapat kelibat seorang lelaki tempatan berusia antara 30 hingga 40-an yang memakai jaket hitam dan berseluar jeans warna biru. Kejadian dipercayai berlaku antara pukul 3 hingga 4 pagi dan motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Tambahnya, polis percaya kejadian itu tidak mempunyai kaitan dengan isu agama dan kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan khianat terhadap rumah ibadat.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori