Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Seorang Lagi Suspek Kejadian...

KUALA LUMPUR - Seorang lagi suspek kejadian samun di sebuah kedai emas di...

Muka Macam Leonardo DiCaprio,...

PASTI semua wanita masih ingat dengan watak romeo Jack Dawson dari filem epik,...

Gara-Gara Mabuk, Lelaki Maut...

IPOH - Gara-gara mabuk, seorang lelaki maut selepas bergaduh dengan anggota keluarganya pada...

Kerajaan Komited Jayakan Agenda...

KUALA LUMPUR - Kerajaan komited untuk menjayakan agenda bumiputera melalui Wawasan Kemakmuran Bersama...

Bekas Pembantu Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Keluar Bersatu

PETALING JAYA : Saiful Bukhari Azlan yang merupakan bekas pembantu peribadi kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan keputusan mengundur diri sebagai ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuatkuasa hari ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Saiful Bukhari menyertai Bersatu pada 7 Januari 2021 dan menjadi ahli Bersatu Bahagian Bentong, bagaimanapun, keputusannya keluar parti menyaksikan beliau hanya bertahan di dalam parti itu selama satu tahun empat bulan.

Beliau yang berkongsi tangkap layar memaparkan laporan media tempatan dan surat pengundurannya sebagai ahli Bersatu di Facebook berkata, fokusnya kini kepada keluarga dan kerjaya.

“Berehat seketika sebelum terus melangkah. Terima kasih Bersatu.

“Fokus kini pada #SSPAnalytics, kerja dan keluarga Bismmillah,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, menerusi cetakan surat itu, keputusan untuk berundur telah dipanjangkan ke pengetahuan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin melalui sepucuk surat pada 22 April lalu, selain dilaksanakan menurut Fasal 10.1 Perlembagaan Parti.


“Bahawa saya, Mohd Saiful Bukhari bin Azlan bernombor keahlian 00468423 ingin memaklumkan telah menyampaikan hasrat saya untuk berundur sebagai Ahli Biasa Seumur Hidup PPBM melalui sepucuk surat kepada Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia, bertarikh pada 22hb April 2022 dan berkuatkuasa hari ini, Isnin, 25hb April 2022.

Ia di laksana menurut Fasal 10.1 Perlembagaan Parti,” katanya.

Untuk rekod, Saiful Bukhari dilantik Ahli Jawatankuasa Komunikasi Strategik Jabatan Penerangan Bersatu pada Jun 2021 selain pernah memegang jawatan Ketua Unit Penyelidikan, Pemuda Perikatan Nasional (PN) bagi tempoh Mei 2021 hingga Oktober 2021.

Utusan Online masih menunggu maklum balas daripada beliau berhubung perkara itu.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori