Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Che Ta Teruja Untuk...

FUH! Kagum kami dengan semangat pelakon dan pengacara, Rozita Che Wan atau Che...

Kerajaan Perlis Akan Tebang...

KANGAR : Kerajaan Perlis akan melaksanakan penebangan pokok yang berisiko dan ada potensi...

Kelindan Lori Maut, 3...

JOHOR BAHARU - Seorang kelindan lori maut manakala tiga lagi cedera parah dalam...

Penjenayah Wanita Paling Seksi...

Kanada – Penjenayah wanita paling seksi di dunia, Stéphanie Boudoin akhirnya ke muka...

Bergaduh, Merusuh Kerana Berebut Pelanggan

KOTA BHARU: Tidak cukup dengan bergaduh dan bertumbuk dalam pusat beli-belah, bawa geng pula untuk balas dendam dan merusuh di luar bangunan itu sehingga mencemaskan orang ramai.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Demikian kekecohan dicetuskan sekumpulan lelaki di sebuah pasar raya di pusat bandar ini malam tadi, sebelum beberapa klip video memaparkan kejadian itu tular dalam media sosial sejak pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu pada mulanya membabitkan dua pekerja sebuah premis telefon bimbit yang bergaduh kerana berebut pelanggan.

Kata beliau, pergaduhan mereka kemudian menjadi lebih serius apabila masing-masing membawa geng sehingga tercetus satu lagi pergaduhan dalam pusat beli belah itu sebelum berlarutan hingga ke luar premis.

“Polis menerima dua laporan dibuat oleh kedua-dua belah pihak berkaitan kejadian. Hasil maklumat dan risikan, kita telah menahan tujuh individu berusia 19 hingga 30 tahun yang dipercayai terlibat dalam kejadian.

“Lima suspek, masing-masing bekerja sebagai pembantu kedai, pemandu lori, buruh dan petani mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah namun saringan awal mendapati kesemua mereka negatif,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Mohd. Rosdi juga berkata, semua individu terbabit dibawa ke hospital untuk rawatan dan pemeriksaan sebelum disahkan tidak mengalami kecederaan serius dan akan direman bagi membantu siasatan.

“Terdapat tiga rakaman video berkaitan kejadian yang berdurasi 31 saat, 27 saat dan tujuh saat telah dimuat naik di laman sosial Facebook. Polis masih mengesan beberapa lagi suspek lain dipercayai terlibat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd. Fadhil Shamsul Bahar di talian 012-3447505 atau 09-7752200,” katanya.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara selama lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori