Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Drama, Artis & IG...

SEORANG artis terkenal pernah memberitahu: "Aku tak peduli kalau setahun tak keluar akhbar....

Remaja Perempuan Mati Ketika...

SEORANG remaja perempuan berusia 15 tahun, Natalia Jimenez dari New York, Amerika Syarikat...

Misi 11,000KM 132 Warga...

Kuala Lumpur : Belayar sejauh lebih 11,000 kilometer untuk mengharumkan nama negara. Itu...

Mukhriz Puas Hati Prestasi...

JERLUN - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Tun...

Biden, PBB Ucap Selamat Menyambut ‘Ramadan Kareem’

WASHINGTON : Presiden Joe Biden mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada masyarakat Islam di Amerika Syarikat (AS) dan di seluruh dunia, lapor Agensi Anadolu (AA).

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

“Saya dan isteri (Jill) mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada masyarakat Islam di AS dan di seluruh dunia.

“Masyarakat bersama berkumpul mengamalkan sikap memaafkan dan berdaya tahan, menunjukkan rasa simpati dan kemurahan hati kepada mereka yang memerlukan serta menyambutnya dengan penuh kenikmatan bersama insan tersayang,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, ‘kita juga mesti meneruskan’ usaha menyokong golongan rentan, mereka yang memerlukan dan yang sedang menghadapi kesukaran.

AS juga akan bersuara untuk hak asasi manusia, termasuk untuk etnik Uyghur di China, Rohingya di Myanmar serta masyarakat Islam lain di seluruh dunia.


“Daripada keluarga Biden kepada anda, dan dari Rumah Rakyat ke rumah anda, Jill dan saya berharap anda dan insan tersayang sentiasa diberkati dan sejahtera. Ramadan Kareem!,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, turut mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada lebih dua bilion umat Islam di dunia.

Beliau akan menyambung semula tradisi dengan melawat negara yang majoritinya Islam sebagai lambang solidariti dan berbuka puasa dengan komuniti Islam.

“Di bulan mulia ini, dan setiap hari marilah kita bekerjasama untuk keselamatan, maruah dan kemakmuran semua wanita dan lelaki. Marilah kita belajar antara satu sama lain, dan bersama-sama membina dunia yang aman. Ramadan Kareem,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori