LENGGONG: Seekor ular sawa seberat 50 kilogram (kg) dijumpai di pintu empangan Sungai Ulu Lenggong di Kampung Ulu Lenggong di sini, pagi tadi.
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Ular sepanjang enam meter itu bagaimanapun berjaya ditangkap oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lenggong.
Ketua BBP Lenggong, Farizul Anuar Razali berkata, maklumat kehadiran reptilia itu diterima daripada penduduk kampung pada pukul 9.30 pagi.
Katanya, anggota yang tiba di lokasi segera menangkap ular sawa berkenaan dengan menggunakan peralatan khas penjerut ular.
“Ketika proses menangkap, reptilia itu agak agresif namun berjaya dikawal. Anggota mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menangkap ular tersebut.
“Reptilia itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pukul 10.11 pagi,” katanya.
UtusanOnline-