Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Hospital Selayang Pula Guna...

KUALA LUMPUR - Selepas Hospital Sungai Buloh di Selangor, kini Hospital Selayang pula...

Awas! Anak Anda Mungkin...

Masalah demam denggi tak harus diambil mudah.Jika perkara asas seperti tidak menyimpan air...

Norish Karman Kesal Lambat...

PELAKON Norish Karman yang kini berhijab tampil berkongsi pengalamannya berhijrah dan kekal istiqamah sekali...

RTM Cadang Debat 1MDB...

TARIKH 6 November dicadangkan pihak Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) untuk debat secara...

Britain Mungkin Laksanakan Semula Perintah Berkurung Covid-19

LONDON – Perdana Menteri Britain, Boris Johnson tidak teragak-agak untuk mengenakan perintah berkurung di negara itu jika lebih banyak varian Covid-19 yang lebih membawa maut muncul, lapor akhbar Metro UK semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Beliau menegaskan bahawa adalah tidak bertanggungjawab untuk menolak kemungkinan tindakan drastik itu dilakukan jika ia boleh menyelamatkan nyawa. Komen itu dibuat ketika negara itu merasakan kesan daripada penularan varian baharu Omicon.

Walaupun gejala-gejala secara amnya kurang teruk berbanding varian terdahulu, kadar kemasukan ke hospital akibat Covid-19 di Britain berada pada tahap tertinggi sejak Januari 2021.

Kebanyakan negeri termasuk Scotland terus menyaksikan peningkatan kes positif dengan kira-kira 4.8 juta orang dalam isi rumah dijangkiti Covid pada minggu lalu, demikian menurut Pejabat Statistik Nasional (ONS).

Di England, sekitar satu daripada 13 orang berkemungkinan positif Covid-19 dalam tempoh seminggu sehingga 2 April lalu atau seramai 4.1 juta orang.


Johnson menyebut kemungkinan untuk melaksanakan perintah berkurung sekiranya lebih banyak varian muncul.

“Saya fikir adalah tidak bertanggungjawab mana-mana pemimpin dalam mana-mana negara demokrasi untuk mengatakan bahawa mereka akan menolak sesuatu yang boleh menyelamatkan nyawa,’’ katanya dalam satu temu bual bersama GB News.

Kerajaan Britain dianggar telah membelanjakan sebanyak £410 bilion (RM2.2 trilion) untuk menangani Covid-19 sejak Mac 2020.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori