Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

11,000 Anggota Bomba Bertugas...

PUTRAJAYA – Kira-kira 11,000 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dijadualkan bertugas...

18 Mangsa Pemerdagangan Di...

IPOH - Seramai 18 individu warga tempatan termasuk lima kanak-kanak dipercayai mangsa sindiket...

Anugerah FIFA: 3 Negara...

LONDON - Anugerah FIFA yang berprestij secara tiba-tiba terjebak dalam kontroversi, selepas ada...

Rakyat Mesti Tumpu Taat...

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan...

Capital A Dijangka Kembali Catat Untung Pada 2023

KUALA LUMPUR: Capital A Bhd dijangka kembali mencatatkan keuntungan pada 2023 sejajar dengan jangkaan pemulihan dalam permintaan terhadap perjalanan pada akhir tahun, kata Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Tony Fernandes.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Bercakap kepada pemberita pada taklimat media secara maya hari ini, beliau berkata, AirAsia bercadang untuk mempunyai sebahagian besar kumpulan pesawatnya kembali beroperasi pada akhir tahun.

“Jualan kami (pada masa ini) sebanyak 75 peratus daripada paras sebelum COVID-19 dan saya tidak menjangka (pulih) dengan begitu cepat.

“Kami mencatatkan prestasi yang amat baik di Filipina dan Indonesia, yang menjadi bonus besar buat kami,” katanya pada taklimat itu yang diadakan untuk mengumumkan kerjasama lima tahun antara cabang digital Capital A, Airasia Super App dan Google Cloud hari ini.

Fernandes berkata, harga minyak mentah yang tinggi bukan menjadi isu pada masa ini berikutan permintaan untuk perjalanan udara adalah kukuh dan pemulihannya di ASEAN akan meningkat sejajar dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa.

“Saya amat optimis bahawa dalam tempoh dua hingga tiga bulan, kita akan kembali melakukan perjalanan seperti sebelum COVID-19.


“Walaupun China, Hong Kong dan Taiwan tidak dibuka sepenuhnya, kami melihat permintaan yang tinggi di India dan antara ASEAN serta dalam negara, yang lebih daripada menampung kehilangan trafik di China untuk AirAsia,” katanya.

Sementara itu, kerjasama airasia Super App-Google Cloud bertujuan memacu visi airasia Super App untuk ekosistem inovasi bersama yang boleh disertai oleh semua perniagaan dan pembangun untuk memenuhi keperluan harian masyarakat di rantau ini.

Mereka akan menggabungkan kecekapan teras untuk menggalakkan bakat teknologi, mencipta bersama alat perisian untuk inovasi terbuka, memberikan risikan yang dipacu data bagi pihak perusahaan mikro, kecil dan sederhana dalam platform itu dan memastikan kebolehcapaian untuk pengguna yang pelbagai di bandar dan luar bandar.

Kedua-dua pihak juga akan mewujudkan pusat kecemerlangan awan yang terdiri daripada ahli teknologi AirAsia Allstars dan Google Cloud.

“Dengan Google sebagai rakan kongsi kami untuk membawa perjalanan digital kami ke peringkat seterusnya, kami akan mengembangkan platform itu kepada seluruh ekosistem yang bukan sahaja untuk menjalankan perniagaan tetapi diperluas kepada membina komuniti dan memperkayakan komuniti itu dengan teknologi dan sumber yang sedia untuk pasaran bagi membabitkan lebih ramai pengguna,” kata Fernandes.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori