Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Buruh Maut Kejadian Tanah...

IPOH - Kejadian tanah runtuh kedua di Cameron Highlands semalam meragut nyawa seorang...

Michael Buble Adakan Konsert...

PENYANYI jazz terkenal, Michael Buble akan mengadakan konsert jelajah Asia di mana Malaysia...

[TRAGEDI BATANG KALI] 22...

HULU SELANGOR: Tiga lagi mayat runtuhan tanah di tiga tapak perkhemahan di sini...

Tok Mun Meninggal Dunia

KUALA TERENGGANU: Tok Mun yang pernah menceriakan politik negara, meninggal dunia hari ini.Ikuti...

Cuaca Buruk Di Lapan Negeri Petang Ini

PETALING JAYA – Ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku di lapan negeri termasuk Sabah dan Sarawak petang ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, keaadan tersebut dijangkakan berlaku sehingga pukul 6 petang.

“Di Kedah melibatkan Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala di Perak membabitkan Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Di Kelantan melibatkan Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai sementara di Terengganu membabitkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman,” katanya.

Selain itu, keadaan sama turut dijangka berlaku di Rompin, Pahang sementara di Johor tertumpu di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Mersing.


“Di Sarawak membabitkan Samarahan (Samarahan dan Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Miri (Subis).

“Di Sabah pula melibatkan Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas).

Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori