Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Norhizam Janji Baiki Kelemahan...

MELAKA - Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Melaka, Norhizam Hassan...

Umrah: Kerajaan Dapatkan Nasihat...

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar dan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan...

Berjaya Beli Rumah Dengan...

MEMBELI kediaman sendiri memerlukan masa untuk mengumpul wang tetapi berbeza dengan wanita dari...

Kafa Mahu Penyokong Kelantan...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mahu semua penyokong The Red...

Cuaca Buruk Landa 8 Negeri Petang Ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di lapan buah negeri petang ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, hujan lebat berserta ribut dijangka akan melanda seluruh negeri Melaka serta beberapa daerah di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak sehingga pukul 5 petang ini.

“Amara ribut petir ini dikeluarkan bagi daerah Hulu Perak, Perak serta daerah Kuala Krai dan Gua Musang, Kelantan.

“Cuaca sama juga diramalkan akan melanda negeri Pahang melibatkan daerah Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin,” katanya di sini hari ini.

Selain itu katanya, turut dikenakan amaran ialah Negeri Sembilan, di mana hujan lebat berserta ribut petir dijangka akan melanda daerah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin sehingga 5 petang ini.


“Keadaan sama turut dijangka akan berlaku di Johor melibatkan daerah Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Di Sarawak pula, cuaca sama diramalkan berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sibu (Selangau), Mukah, Kapit (Kapit), Bintulu dan Limbang (Lawas),” jelasnya.

MetMalaysia berkata, amaran turut diberikan di negeri Sabah pada petang ini melibatkan daerah Pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan).

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori