Orang Melayu kena awas dengan DAP. Orang Melayu kena awas dengan ahli politik Melayu yang jadi proksi DAP.
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Orang Melayu tidak boleh terpedaya dengan helah DAP walaupun pimpinannya bertukar DAP tetap DAP.
Mahu mengubah identiti negara kepada ‘Malaysian Malaysia’, mengiktiraf ICERD, pengiktirafan UEC dan sebagainya.
Orang Melayu jangan lupa hak keistimewaan mereka hampir-hampir terjejas selepas 9 Mei 2018.
Nasib baik ada pemimpin Melayu khususnya dari UMNO yang terus mempertahankannya.
Walau dikeji, ditohmah dan difitnah bangsa sendiri, mereka tetap mempertahankan kepentingan Melayu
Jangan diharap kepada tali barut DAP berketurunan Melayu kerana mereka sendiri memandang sinis hak Melayu.
DAP sanggup berubah 1,000 wajah bagi menjayakan agenda untuk mengubah Malaysia mengikut acuannya.
Mereka telah pun hampir berjaya, tetapi melakukan kesilapan terlalu gelojoh sejurus memperoleh kuasa PRU-14.
Tanpa mereka sedari kegelojohan mereka untuk cepat mengubah Malaysia mengejutkan orang Melayu.
Jadi tidak mustahil DAP telah belajar daripada kesilapan lalu dan akan lebih berhalus selepas ini.
Kerana itu DAP kini memulakan propaganda parti itu selepas bertukar pimpinan lebih mesra Melayu.
Mynewshub-