Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pemenang Pingat Emas Sukan...

SEOUL - Jang Hyun-soo - kapten Korea Selatan yang membimbing pasukan memenangi pingat...

“Saya Bukan Katak,” Kata...

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat...

Mom’s Laundrette Ambil Inisiatif...

ALOR SETAR – Dalam usaha memartabatkan semula tulisan jawi, sebuah dobi layan diri...

Polis Tahan Lelaki, Rampas...

JOHOR BAHARU - Polis menahan seorang lelaki dan merampas pelbagai jenis bunga api...

Di Peringkat Mana Orang Mula Simpati Pada Najib?

Berikut adalah petikan pada FB Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad. Tajuk rencana adalah pada admin Mynewshub dan bukannya Shahrir Samad.

PAGI Khamis semalam, saya ditemubual oleh wakil CNA tentang politik negara semenjak PRU14.

Saya maklumkan bahawa kejatuhan kerajaan PH selepas 22 bulan adalah kerana kegagalan mereka sendiri. PH terlalu percaya kepada propaganda sendiri sehingga menjejaskan kebolehan mereka untuk mengurustadbir negara.

Pendekata, kerajaan PH jatuh kerana kelemahan sendiri dan ini menjadi punca kekalahan mereka secara bersiri di pilihanraya-pilihanraya kecil yang berlaku selepas PRU14.

Ia bukannya konspirasi UMNO tapi kejayaan politik UMNO itu telah mencetuskan konspirasi dikalangan pemimpin-pemimpin PKR dan PPBM untuk tinggalkan kerajaan PH.

Pelan A adalah untuk Tun Mahathir kekal sebagai PM tapi beliau ingin menubuhkan ‘kerajaan perpaduan’nya sendiri. Ini tidak diterima olih PPBM dan bekas PKR.

Maka, berlakulah Pelan B, dengan TS Muhyiddin sebagai PM.

Dimana DS Najib, dalam segala ini? saya ditanya.

Saya jawab, DS Najib patuh kepada keputusan parti yang bersetuju menyertai kerajaan kepimpinan TS Muhyiddin.

Macam mana DS Najib bolih kekal popular dengan penjenamaan baharunya, ‘Bossku’. Disambut dengan meriah semasa kempen pilihanraya, terutama masa PRN Melaka dan PRN Johor. Adakah pengaruh DS Najib suatu yang kritikal bagi UMNO dan BN?

Jawapan saya mudahnya. Ramai yang terpegun melihat ketabahan DS Najib berdepan dengan berbagai tuduhan di berbagai mahkamah dan juga dakwaan LHDN, beliau kena bayar cukai berbilion ringgit. Satu keluarga terkena tekanan. Tambah pula dengan tuntutan sivil!

Ianya ‘overkill’, saya kata. Dan bila ‘overkill’, boleh membawa kepada perasaan kesian – ‘sympathy’ – dan boleh bertukar kepada ’empathy’.

Kedua, halaman FB DS Najib telah membawa pandangan dan penjelasan darinya tanpa sekatan atau suntingan seperti berlaku di media urusperdana. FB ialah media yang paling demokratik dan tidak dikawal oleh kepentingan-kepentingan tertentu.


Mereka yang ikut halaman FB DS Najib adalah kerana fakta dan hujahan munasabah di halaman itu. Sehingga ia lebih berkesan dari bercakap dalam Dewan Rakyat. Kerana di dalam dewan itu, walaupun Parlimen ialah institusi tertinggi demokrasi, tapi berbagai pihak bolih berpakat untuk memperlekehkan hujahan DS Najib.

Sebaliknya, di dunia FB, ianya bergantung pada jumlah yang bersetuju dengan dengan fakta dan asas hujahan. Itu – fakta dan hujahan berasas – yang membuat DS Najib popular dan berpengaruh.

Ketiga, ramai yang merasa secara langsung munafaat dari kepimpinan DS Najib dan BN sebelum PRU14. Mereka tahu masa itu lebih baik dari masa selepas PRU14. Sehingga kini, maseh terpakai konsep bantuan bersasaran dan konsep kumpulan sosio-ekonomi B40, M40 dan T20.

Konsep sepadu, UTC, maseh menjadi tumpuan.

Klinik 1Malaysia dirindui. Begitu juga Pusat Komputer 1Malaysia.

Terlalu banyak peninggalan DS Najib yang bermunafaat kepada rakyat yang tidak dapat dilupuskan oleh Tun Mahathir, DAP dan PKR atau oleh PN sendiri.

Sebab itu, ramai yang mengenang jasanya.

Kritikal pada UMNO dan BN?

Membantu, saya jawab. Dan pendirian DS Najib yang tetap bersama parti – UMNO dan BN – pastinya membantu. Dan menjadi inspirasi kepada ahli-ahli parti apabila melihat seorang pemimpin yang sedang dilanyak begitu hebat tapi tetap bersemangat mempertahankan parti.

Tak sepatah pun meminta pertolongan dari parti tapi tanpa sepatah tetap menolong parti.

Masa depan? Itu saya tidak mampu nak jawab.

#KembalikanMandatRakyat
#KestabilanMasaDepan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori