Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

RM6.3 Bilion Untuk Pembangunan,...

SHAH ALAM: Sebanyak RM6.3 bilion diperuntukkan diluluskan kerajaan bagi tujuan pembangunan di Selangor...

India Tegaskan Pokok Yang...

New Delhi - Pihak berkuasa India menegaskan pokok yang ditanam Presiden Amerika Syarikat...

Penunggang Motosikal Maut Kemalangan...

HATYAI - Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi warga Malaysia maut manakala isterinya cedera...

Bertemu Yuszlan Yon: Melayu...

MINGGU lalu ulasan buku Kisah di Sebalik Bulan (KdSB) menerima banyak tanggapan umum. Antaranya:...

Disebalik Teguran Permaisuri Johor

Teguran Permaisuri Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah supaya kurniaan daripada Istana Johor tidak digunakan untuk meraih populariti dalam media sosial sangat wajar.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ia secara tidak langsung mengajak kita berfikir tentang sebilangan masyarakat zaman ini yang masih dengan nilai buruk membangga diri, berlagak dan ‘poyo”

Jika dulu golongan seperti ini mempunyai ruang yang amat terhad dan terbatas untuk menyerlahkan ‘kepoyoan’ kerana tiada teknologi untuk ‘berpoyo’ tanpa sempadan.

Pada zaman media sosial ini barangkali ibarat syurga apabila sepantas kilat boleh ‘berpoyo-poyoan’ di alam maya hanya berbekalkan telefon pintar dan topup data RM5.

Justeru, seharusnya semua pihak melihat positif teguran Permaisuri Raja Zarith Sofiah kerana ia memperlihatkan kepincangan yang masih terserlah dalam sosio masyarakat negara ini.


Dalam masa yang sama nasihat Permaisuri Raja Zarith Sofiah menunjukkan Istana Johor cakna tentang perkembangan masyarakat Malaysia.

Membuktikan Istana Johor peka dan bersama-sama dalam dimensi baharu masyarakat negara ini yang kini menjadi sebahagian daripada masyarakat media sosial.

Itu secara tidak langsung merapatkan lagi perhubungan antara rakyat dan istana, malah merperkemaskan nukilan pujangga raja dan rakyat berpisah tiada.

Lagipun bukankah setiap kurniaan daripada Istana Johor kepada mana-mana pihak bukanlah untuk diperagakan, sebaliknya untuk diri mereka sendiri.

Kesimpulannya tepuklah kepala tanyalah akal…

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori