Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Raja Muda Perlis Pelawa...

SATUN (Selatan Thai) - Pelancong yang merancang percutian antara April dan Jun ini...

Suruhanjaya Siasatan Diraja Kaji...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja mengenai dakwaan salah...

11 Pelajar Malaysia Dibawa...

NEW DELHI - Sejumlah 11 pelajar antara 54 rakyat Malaysia terkandas di dalam...

Pelabur Asing Jual RM249.3...

KUALA LUMPUR - Pelabur-pelabur asing melupuskan sejumlah RM249.3 juta ekuiti tempatan di Bursa...

Ditahan Bersama 4.5 Kilogram Heroin, Tali Gantung Menanti

Ipoh : Polis menahan seorang lelaki dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah serta merampas 4.5 kilogram dadah jenis heroin di ladang kelapa sawit di Jalan Teluk Intan-Bidor Rabu lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek berusia 39 tahun itu ditahan sepasukan anggota dan pegawai polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak pada jam 7 malam.

Katanya, hasil pemeriksaan terhadap suspek polis menjumpai 10 bungkusan plastik mengandungi bahan disyaki dadah jenis heroin anggaran berat 4.5 kilogram yang di isi dalam beg.

“Nilai keseluruhan dadah yang dirampas ialah berjumlah RM158,203,” katanya pada sidang media di IPK Perak di sini hari ini.

Mior Faridalathrash berkata, ujian saringan air kencing dijalankan ke atas suspek dan mendapati suspek positif dadah jenis Morphine.

“Semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod kesalahan lampau berkaitan kes dadah,” katanya.


Menurutnya, tindakan juga diambil mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dimana polis turut menyita sebuah motosikal bernilai RM2,000.

“Nilai keseluruhan rampasan dadah bersama harta di sita adalah RM160,203,” katanya.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas itu boleh digunakan oleh kira-kira 10,000 orang penagih dadah yang disyaki untuk diedarkan di pasaran tempatan.

“Siasatan awal mendapati suspek sudah membabitkan diri dengan sindiket selama tiga bulan dan polis sedang mengesan anggota sindiket yang lain,” katanya.

Katanya, suspek direman selama enam hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dikenakan hukuman mandatori iaitu gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori