Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

‘Deklarasi Rakyat’ Perjanjian Dengan...

KUALA LUMPUR - Jangan salahkan pihak yang berpandangan pakatan antara Tun Dr. Mahathir...

Gempa Magnitud 7.8 Landa...

SUVA - Satu gempa bumi berkekuatan magnitud 7.8 menggegarkan kawasan timur-tenggara Fiji di...

Polis Ambil Sampel Dari...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat mengesahkan pihak...

Rancang Solusi Holistik, Elak...

KUANTAN - Satu solusi yang lebih holistik dan terbaik perlu dirancang bagi mengelak...

Edar 119KG Syabu, Tiga Sekawan Berdepan Hukuman Mati

IPOH : Tiga sekawan berdepan hukuman mati di tali gantung selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis methampethmine atau syabu seberat 119 kilogram, minggu lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

G. Agilan, 37; Rahisham Abdul Ghani, 35, dan Mohd. Asrul Afandi Zulkifli, 32, didakwa mengedar methamphetamine seberat 119,705 gram dalam kawasan lot 30633, Jalan Lahat, Simpang Pulai pada pukul 11.20 pagi, 21 Mac lalu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh selepas pertuduhan dibacakan secara bersama di hadapan Majistret Jesseca Daimis.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Syahirah Azahar manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Rajit Singh dan Majistret Jesseca menetapkan 16 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Akhbar pada 24 Mac lalu melaporkan lapan lelaki berusia 32 hingga 37 tahun ditahan manakala dadah bernilai RM4.5 juta dirampas dalam serbuan di Simpang Pulai, Meru, Jelapang dan Batu Gajah.

Difahamkan, sindiket berkenaan mulai aktif sejak pertengahan tahun lalu dan membawa masuk bekalan dadah dari negeri di Pantai Timur untuk pasaran sekitar Perak.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori