Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Buat Pilihan Tepat Untuk...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat Malaysia melihat 'negara...

3,551 Kes Baharu COVID-19,...

PUTRAJAYA - Jumlah kes harian COVID-19 di negara ini kekal melebihi 3,000 apabila...

Ringgit Terus Turun, 4.27...

KUALA LUMPUR - Ringgit terus turun berbanding dolar AS pada awal dagangan hari...

Shanshan ‘Diva-9-Gol’ China

SHANGHAI – Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Mohamed Salah sila beri laluan. Penyerang terhangat...

Enakmen Halal Negeri Selangor Akan Dipinda

SHAH ALAM : Kerajaan Selangor akan membuat pemindaan terhadap Enakmen Halal Negeri supaya bersesuaian dengan perkembangan industri dan keperluan halal semasa.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, berkata perkara itu kini dalam proses akhir sebelum ia dibentangkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk diluluskan.

“Kajian sudah dilakukan oleh pakar untuk meneliti aspek undang-undang kerana kita tidak mahu enakmen berkenaan bertembung dengan akta di peringkat Persekutuan.

“Saya lihat penambahbaikan ini meliputi beberapa segmen yang sudah diperincinkan serta dikembangkan supaya sesuai dengan perkembangan semasa.

“Kita jangka, proses (kajian) akan siap dalam tahun ini dan dibentangkan dalam sidang DUN..mungkin pada sidang bajet yang akan datang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Sesi Dialog Aspirasi Pembangunan Industri Halal Selangor bersama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di sini semalam.


Mohd Zawawi berkata enakmen berkaitan halal di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebelum ini adalah ringkas serta tidak menyeluruh.

Justeru katanya, ia perlu dipinda untuk penambahbaikan supaya merangkumi semua segmen.

“Kalau sebelum ini, enakmen berkenaan tertumpu kepada makanan dan minuman sahaja tetapi sekarang kita ada industri farmasi (bahagian perubatan), kewangan, pelancongan dan lain-lain.

“Jadi ia dipinda bersesuaian dengan perkembangan industri serta keperluan halal semasa,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori