Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

5 Rakyat Malaysia Selamat...

PUTRAJAYA – Lima orang rakyat Malaysia yang mendiami Torch Tower di Dubai selamat...

“Jangan Bagi Orang Lain...

PETALING JAYA - “Jangan benarkan orang lain membuka pintu belakang.”Demikian pesanan bekas Perdana...

TPM Tiba Di K.T’ganu...

HULU TERENGGANU- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di...

Malaysia Akan Cadang Kadar...

PETALING JAYA - Putrajaya sedang mengkaji peruntukan-peruntukan baru untuk perjanjian bekalan air mentah...

EU Bayar Rusia RM4.5 Bilion Setiap Hari

BRUSSELS – Ketua Hal Ehwal Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell membuat pengakuan bahawa EU membayar hampir €1 bilion (RM4.5 bilion) kepada Rusia setiap hari untuk bekalan bahan api sejak perang di Ukraine bermula lebih sebulan lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menurut akhbar Daily Mail, Borrell memberitahu Parlimen Eropah bahawa jumlah bantuan yang diberikan kepada Kiev adalah kecil berbanding wang yang dibelanjakan oleh EU untuk mendapatkan bekalan bahan api dari Rusia.

Pendedahan tersebut dibuat ketika beliau mendesak agar lebih banyak sekatan ke atas minyak dan arang batu Rusia.

“Kita telah memberi bantuan kepada Ukraine sebanyak €1 bilion tetapi dalam masa sama, EU turut membayar nilai sama setiap hari kepada Putin untuk bekalan bahan api.

“EU perlu terus membekalkan senjata kepada Ukraine. Rakyat Ukraine mengharapkan penghantaran lebih banyak senjata dari EU,” kata Borrell.

Menurutnya, kesatuan 27 negara itu telah membayar Rusia sekitar €35 bilion (RM161 bilion) sejak konflik di Ukraine bermula pada 24 Februari lalu.


EU mengecam pencerobohan Ukraine dan telah melaksanakan beberapa pusingan sekatan yang direka untuk melumpuhkan kewangan Kremlin.

Beberapa negara EU kini berusaha untuk mencari bekalan tenaga alternatif di tengah-tengah kebergantungan kepada sumber Rusia terutamanya gas asli cecair (LNG).

Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) dan negara anggota Kumpulan Tujuh(G7) juga sedang menyediakan beberapa sekatan baharu ke atas institusi kewangan Rusia, perusahaan milik Moscow dan lebih ramai pegawai kerajaan Rusia serta ahli keluarga mereka.

Barat merancang untuk mengharamkan pelaburan baharu di Rusia, manakala Washington melarang Moscow daripada membayar pemiutang dengan menggunakan wangnya yang disimpan di dalam bank-bank AS.

Namun, penganalisis-penganalisis berkata, langkah itu mungkin meningkatkan krisis ekonomi kepada rakyat Rusia tetapi tidak menjejaskan sumber pendapatan hasil eksport tenaga negara itu.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori