Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Anthony Tidak Bijak, Pemandu...

KUALA LUMPUR - Pemandu teksi seluruh negara akan mengadakan protes selepas kerajaan memutuskan...

Melancap Di Rumah Jiran,...

POLIS menahan seorang pelajar kolej berhubung video menunjukkan lelaki telanjang sedang melancap di...

Tindakan Tegas Guna Tiket...

SHAH ALAM - Polis sekali lagi menegaskan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas...

Paha Wanita Terkoyak, Tangan...

GEORGETOWN: Seorang wanita diserang dan digigit anjing sehingga terpaksa menjalani pembedahan di sebuah...

EU Simpan Stok Ubat Rawatan Senjata Kimia, Nuklear, Biologi

BRUSSELS: Di tengah kebimbangan konflik Russia-Ukraine, Suruhanjaya Eropah melancarkan ‘operasi penyimpanan stok’ bagi mempertingkatkan pertahanannya terhadap serangan kimia, nuklear dan biologi.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Matlamat Kesatuan Eropah (EU) ialah untuk mempertingkatkan simpanan peralatan perlindungan, peralatan nyah cemar, ubat-ubatan dan vaksin yang boleh digunakan sekiranya berlaku serangan kimia, nuklear atau biologi, kata suruhanjaya dalam satu kenyataan.

“Kami sedang mengambil langkah konkrit untuk meningkatkan kesiapsiagaan Eropah dalam menghadapi potensi ancaman,” kata Pesuruhjaya Pengurusan Krisis, Janez Lenarcic, dalam satu kenyataan.

EU sudah membina bekalan strategik ubat-ubatan dan sumber lain untuk merawat pesakit yang terdedah kepada sinaran radioaktif, bahan kimia atau biologi.

Stok bekalan yang dikenali rescEU bertujuan merawat atau melindungi daripada ancaman kimia, biologi, radiologi dan nuklear (CBRN) bernilai £540.5 juta (RM2.48 bilion).

Sebagai sebahagian strateginya, suruhanjaya itu juga sedang membangunkan rizab nyah cemar yang akan merangkumi kedua-dua petugas dan peralatan.

Rizab nyah cemar rescEU akan dibangunkan dan dihoskan oleh Croatia, Jerman dan Sepanyol serta dibiayai sepenuhnya oleh EU dengan peruntukan awal £66.7 juta (RM368juta).


Sebagai langkah pertama, EU menggerakkan rizab perubatannya untuk mendapatkan pil kalium iodida yang boleh digunakan untuk melindungi orang ramai daripada kesan radiasi yang berbahaya.

Sudah hampir tiga juta pil seperti itu dihantar ke Ukraine melalui Mekanisme Perlindungan Awam EU dengan bantuan Perancis dan Sepanyol.

“Keselamatan Kesihatan memerlukan kesiapsiagaan.

“Bersedia untuk menghadapi ancaman kimia, biologi, radiologi dan nuklear adalah elemen penting dalam memastikan rakyat kita selamat dan elemen utama Kesatuan Kesihatan Eropah yang kukuh,” katanya.

Orang ramai mungkin terdedah kepada ejen CBRN disebabkan bencana tidak disengajakan seperti kebocoran loji kimia, loji tenaga nuklear atau penyebaran penyakit berjangkit atau kes disengajakan seperti serangan pengganas.

Keadaan cuaca melampau, kemunculan ancaman seperti OCVID-19 dan juga kes CBRN mungkin mengatasi keupayaan negara anggota EU untuk membantu antara satu sama lain terutama apabila beberapa negara Eropah menghadapi bencana sama secara serentak.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori