Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Goreng Pisang Guna Plastik...

Akibat persaingan sengit dalam perniagaan, ada segelintir peniaga sanggup melakukan apa sahaja untuk...

Mayat Korban Keenam Mangsa...

KUANTAN - Mayat remaja perempuan mangsa bot terbalik di Sungai Jelai, Lipis, Isnin lepas, ditemukan...

5 Gambar Muka Banduan...

RATA-RATA masyarakat yang memiliki aset pada wajah mereka lazimnya akan jadi pelaris dalam...

Dua Beranak Mengembara Setahun...

PADA tarikh ini, kira-kira setahun yang lalu, Evie Farrell langsung tidak terfikir untuk...

Ever Forward Berjaya Diapungkan Semula

ANNAPOLIS, MARYLAND – Sebuah kapal kontena yang terkandas dekat Pelabuhan Baltimore di Amerika Syarikat (AS) akhirnya berjaya diapungkan semula selepas terperangkap selama lebih lima minggu, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Kapal kargo Ever Forward itu dilaporkan tiba di kawasan Annapolis sekitar pukul 10 pagi (waktu tempatan) kelmarin.

Kapal sepanjang 333.7 meter (m) itu terkandas di Teluk Chesapeake ketika baru memulakan pelayaran ke Norfolk pada 13 Mac lalu.

Meskipun terkandas selama lebih sebulan, kapal yang memulakan perjalanan dari Hong Kong ke AS itu tidak mengganggu laluan perdagangan di kawasan tersebut.

Kapal Ever Forward sebelum ini menghadapi masalah semasa membelok ketika meninggalkan Baltimore dan tersekat di perairan cetek.

Sejak itu, pelbagai usaha dilakukan untuk cuba mengapungkan kembali kapal kargo itu dengan 330 kontena telah dibawa keluar bagi memudahkan usaha tersebut.


Beberapa rakaman video turut menunjukkan tujuh bot tunda menunda kapal Ever Forward di bawah Jambatan Teluk Chesapeake sekitar pukul 9.10 pagi, kelmarin.

Menurut Pengawal Pantai, pihaknya menyediakan sebuah zon keselamatan untuk kapal tersebut ketika ia ditunda ke sebuah lokasi di bahagian selatan teluk, di mana para pegawai akan menilai keadaannya.

Kru-kru juga akan mewujudkan slot masa khas bagi tujuan memuatkan semula beratus-ratus kontena yang telah dikeluarkan daripada kapal itu minggu lalu untuk meringankan beban muatan.

Kapal Ever Forward dimiliki oleh syarikat dari Taiwan, Evergreen Marine. Ia turut memiliki kapal Ever Given yang terkandas di Terusan Suez pada Mac tahun lalu.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori