Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Trump Tangguh Keputusan Pindah...

WASHINGTON DC - Keputusan amat ditunggu-tunggu, sama ada untuk pindah Kedutaan Amerika Syarikat...

Grace Phang Azam Hadiahkan...

NILAI – Atlet berbasikal wanita negara Grace Phang berazam untuk menghadiahkan pingat kepada...

Tangan Hampir Putus Ketika...

Kota Bharu : "Saya tidak menyangka pelanggan yang sebelum ini pernah datang ke...

Ramai Pekerja Belum Jalani...

BENTONG - Hanya 20 peratus atau 400,000 pekerja menjalani pemeriksaan kesihatan percuma menggunakan...

Fitnah: Ahmad Zahid Saman Tun M

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan saman fitnah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr.Mahathir Mohamad berhubung isu penyelesaian kes mahkamah yang dihadapi.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ahmad Zahid, 69, selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Shahrul Hamidi & Haziq di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu Minggu lalu (20 April) dengan menamakan Mahathir, 97, sebagai defendan tunggal.

Notis tuntutan berhubung saman fitnah itu telah dihantar pada 25 April lalu (Isnin).

Berdasarkan pernyataan tuntutan yang diperoleh menerusi carian sistem mahkamah, Ahmad Zahid berkata, pada 19 Oktober 2018, beliau telah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas 12 pertuduhan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram dan kesemua pertuduhan tersebut kini telah dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini.


Namun plantif berkata, pada 23 Februari lalu, Dr. Mahathir telah mengeluarkan kenyataan palsu dan disifatkan berbaur fitnah dengan niat jahat merujuk secara terus kepada plaintif dalam satu majlis.

Dakwa plaitif, Dr.Mahathir memfitnah bahawa beliau pernah hadir ke rumah Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu bersama beberapa individu lain bagi mendapatkan bantuan untuk menyelesaikan kes mahkamah yang dihadapinya.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori