Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Penduduk Orang Asli Diserang...

GUA MUSANG - Kira-kira 120 penduduk membabitkan 30 keluarga Orang Asli suku kaum...

Rasuah: Pemilik Kilang Tayar...

JOHOR BAHRU - Gara-gara memberi rasuah kepada pembantu penguat kuasa Majlis Perbandaran Kluang...

Real Madrid Kini Kelab...

LONDON – Real Madrid telah diumumkan sebagai kelab bola sepak paling bernilai dunia...

Akhbar Mohon Maaf Dakwa...

Sebuah akhbar di Norway, Aftenposten terpaksa meminta maaf kepada pembaca selepas menerbitkan berita...

Gencatan Senjata Sambut Ramadan Di Yemen

SANA’A – Pihak yang bertelagah di Yemen dilaporkan bersetuju mengadakan gencatan senjata selama dua bulan yang menyaksikan penamatan semua operasi serangan udara, darat dan maritim, lapor agensi berita United Press International (UPI) kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Duta Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Yemen, Hans Grundberg berkata dalam satu kenyataan akhbar bahawa gencatan senjata itu berkuat kuasa semalam.

“Saya berterima kasih kepada pihak-pihak terbabit kerana berurusan dengan saya secara baik dan bersetuju berkompromi demi mencapai persetujuan ini.

“Matlamat gencatan senjata ini adalah untuk membolehkan rakyat Yemen ‘berehat’ daripada keganasan, dilepaskan daripada penderitaan kemanusiaan dan yang paling penting berharap agar konflik ini berakhir,’’ kata Grundberg dalam kenyataannya.

Kenyataan akhbar PBB itu menyatakan, pihak-pihak terbabit juga telah bersetuju untuk membenarkan kapal minyak memasuki pelabuhan di bandar Hudaydah dan untuk penerbangan komersial beroperasi masuk dan keluar dari lapangan terbang di Sanaa.


Peperangan di Yemen bermula sebagai perang saudara pada 2014. Perang tercetus selepas pemberontak Houthi merampas wilayah Saada dan kemudian menawan ibu negara Yemen, Sanaa.

Arab Saudi bagaimanapun tidak mahu Yemen dikuasai oleh militia Syiah Houthi dan melancarkan serangan udara terhadap pemberontak itu dengan kerjasama negara-negara Arab lain.

Amerika Syarikat, Britain dan Perancis bertindak menyokong pakatan tentera yang diketuai oleh Arab Saudi.

Grunberg berkata dalam kenyataan akhbar PBB bahawa beliau akan mempergiatkan urusan dengan pihak-pihak terbabit dalam perang saudara di Yemen dengan tujuan untuk mencapai gencatan senjata berkekalan, menangani keperluan ekonomi dan kemanusiaan yang mendesak serta menyambung semula proses politik di negara bergolak itu.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori