Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pemandu Maut, Lebih Tiga...

KUANTAN - Seorang pemandu treler maut selepas kenderaan berat dipandunya itu terbabas dan...

Jaga Ceroboh Rumah Dihukum...

PETALING JAYA - Seorang pengawal keselamatan yang menceroboh dengan niat untuk mencuri pada...

Kahwin Muda Cabul Hak...

PERKAHWINAN muda yang berlaku di negara ini merupakan pencabulan hak asasi kanak-kanak. Profesor Undang-Undang...

Anggota Rela Tidak Layak...

PUTRAJAYA - Anggota Ikatan Relawan Rakyat (RELA) tidak sama kategori dengan anggota Sukarelawan...

Haba Ketika Jentolak Gelek Mercun Mungkin Punca Letupan

KUALA LUMPUR : Polis percaya letupan berlaku di stor barang kes milik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul petang semalam, kemungkinan berpunca daripada geseran ketika jentolak menggelek mercun yang juga barang kes.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, mungkin berlaku sedikit pergeseran dengan tanah atau pasir yang menyebabkan haba terbentuk ketika jentolak menggelek barang kes itu.

“Apabila ia (barang kes) dikumpulkan di dalam tong roro, haba mungkin membakar secara perlahan.

“Apa pun, Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur masih menyiasat punca sebenar letupan itu,” katanya ketika sidang media di IPD Sentul, hari ini.

Mengulas kejadian semalam, Eng Lai berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian membabitkan stor barang kes yang terletak kira-kira dua kilometer dari IPD sentul itu jam 6.42 petang.

“Sejurus itu, kita bersama-sama JBPM Kuala Lumpur serta lain-lain agensi penyelamat bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja menyelamat dan memadamkan kebakaran.

“Api berjaya dipadamkan dan dikawal sepenuhnya jam 7.04 petang,” katanya.


Dalam pada itu, Eng Lai berkata, kejadian itu menyebabkan 18 kereta dan dua lori yang juga barang kes terbakar, dengan semua kenderaan adalah barang kes berdaftar yang disimpan dalam stor terbabit.

Selain itu, katanya pihaknya juga menerima tujuh laporan polis berkaitan kerosakan pada rumah penduduk di kawasan sekitar.

“Ada rumah mengalami kerosakan pada cermin tingkap dan ada yang bumbungnya pecah, namun tidak menyebabkan kecederaan kepada penghuni.

“Kejadian juga menyebabkan tiga pekerja am yang membantu pembersihan proses pelupusan cedera ringan dan masing-masing menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.

Eng Lai turut mengesahkan lima pegawai polis bertugas di stor terbabit dan dua pekerja am lain tidak mengalami kecederaan, manakala jumlah kerugian sebenar dialami masih belum ditafsirkan.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori