Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

ADUN Jepak Meninggal Dunia

Kuching : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak di Bintulu, Datuk Talib Zulpilip...

Scha Alyahya Dedah Punca...

SCHA Al-Yahya kini sudah kembali berlakon dan ini pasti membuatkan peminatnya berasa gembira.Semasa...

Tiada Apa Yang Tumbang...

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar seakan menoktahkan spekulasi tumbangnya...

Video: Dah Kenapa Selamba...

BAGAIKAN pelancong China yang tiada kesedaran sivik, itu situasi yang boleh digambarkan buat seorang...

Hanya Sejuta Umat Islam Di Bawah 65 Tahun Dibenar Tunai Haji Tahun Ini

Kuala Lumpur : Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi (MoHU) mengumumkan jumlah jemaah haji yang dibenarkan bagi musim haji tahun ini 1443Hijrah / 2022 Masihi terhad kepada sejuta jemaah tempatan dan antarabangsa.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menerusi kenyataan rasmi yang dikongsikan di laman Twitter hari ini, kementerian itu menyatakan jumlah jemaah antarabangsa untuk tahun ini akan mengikut kuota yang diperuntukkan kepada setiap negara berkenaan dengan mengambil kira pematuhan semua kriteria penjagaan kesihatan.

Kementerian menegaskan bahawa musim haji tahun ini terbuka kepada jemaah di bawah 65 tahun yang vaksin Covid-19 asas yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Saudi.

Menurut kenyataan itu, jemaah haji yang datang dari luar Saudi wajib menyerahkan keputusan negatif ujian PCR Covid-19 dalam tempoh 72 jam sebelum berlepas.


Kementerian turut mengingatkan keperluan jemaah haji untuk mematuhi langkah berjaga-jaga dan mengikuti semua arahan kesihatan semasa melaksanakan ibadah mereka.

Untuk rekod, tahun lalu Arab Saudi membenarkan hanya 60,000 jemaah domestik meliputi warganegaranya dan warga asing yang berada di negara itu untuk menunaikan haji.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori