Thursday, January 23, 2025

Creating liberating content

Haiwan Juga Boleh Terdedah...

ALOR SETAR - Cuaca panas melampau yang berlaku ekoran fenomena El Nino kebelakangan...

Nasi Beriani Dalam Buluh...

GEORGE TOWN - Selain nasi kandar, nasi beriani adalah antara makanan popular yang...

Iklan Raya Petronas Papar...

AIR dicincang tidak akan putus.Bergaduh, berselisih faham atau tidak sefahaman merupakan antara faktor-faktor...

Anwar Menang Majoriti Lebih...

PORT DICKSON - Calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim menang bergaya...

Hong Kong Pertahan Polisi Sekat Penerbangan ‘Bawa Jangkitan Covid-19’

HONG KONG: Ketua Eksekutif Hong Kong semalam mempertahankan polisi yang menyekat sementara laluan penerbangan yang membawa ‘koronavirus ke wilayah separa autonomi ini’.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Lapangan terbang Hong Kong sebelum ini merupakan antara yang paling sibuk di dunia, namun sebahagian besarnya mula lumpuh susulan pandemik Covid-19 yang melanda wilayah ini.

Polisi tersebut menyaksikan mana-mana syarikat penerbangan yang membawa masuk tiga atau lebih penumpang yang dijangkiti dalam satu pesawat akan digantung daripada laluan penerbangan selama tujuh hari.

Carrie Lam menegaskan, penerbangan yang membawa jangkitan ‘mungkin disebabkan oleh pendekatan Covid-19 yang dilonggarkan oleh banyak negara ketika ini’ di seluruh dunia.


Katanya, lebih 1,000 penduduk dilaporkan kembali ke Hong Kong setiap hari pada bulan ini, berbanding hanya 200 sehari sebelum ini.

“Adalah tidak benar untuk menyatakan bahawa pelonggaran perjalanan ini tidak memberi kesan,” katanya.

Terdahulu, Hong Kong menyekat enam syarikat penerbangan daripada memasuki wilayah ini iaitu Singapore Airlnes, Emirates, Cathay Pacific Airways, Qatar Airways, Korea Air Lines dan Malaysia Airlines.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori