Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Main Diparkir, Tiga Kanak-Kanak...

MUNGKIN tiada kawasan permainan yang sesuai, tiga kanak-kanak di Shenzhen, China bermain di...

Mayat Kesembilan Ditemukan Berhampiran...

GEORGE TOWN - Mayat kesembilan mangsa kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus,...

Keracunan Alkohol, Jabatan Kastam...

SANDAKAN - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memeriksa 149 premis yang menjual minuman...

2 Penari Bogel Thailand...

DUA gadis Thailand yang menari bogel dalam satu video lucah, kini berdepan dengan...

Hospital Sungai Buloh Kembali Rawat Pesakit Bukan Covid-19

Kuala Lumpur : Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju untuk menukar kembali status Hospital Sungai Buloh kepada hospital perubatan bukan Covid-19 seperti sebelum ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia dilakukan setelah mengambil kira situasi terkini pandemik Covid-19 di Malaysia terutama kes kategori tiga, empat dan lima serta kadar penggunaan fasiliti kesihatan khusus untuk kes Covid-19 yang rendah di Lembah Klang.

“Selepas ini. perkhidmatan hospital ini ditukar kepada status hibrid dan akan merawat pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19 seperti dahulu selaras dengan keadaan negara yang dalam Fasa Peralihan Ke Endemik seperti diumumkan sebelum ini.

“Namun KKM akan sentiasa memantau dan bersiap sedia dalam menyediakan perkhidmatan perubatan bagi kes-kes Covid-19 termasuk rawatan kritikal jika berlaku peningkatan kes Covid-19 di negara ini,” menurutnya dalam kenyataan hari ini .


Pada 10 Mac 2020, Hospital Sungai Buloh diwartakan sebagai hospital bagi rawatan khusus untuk pesakit Covid-19 sebagai langkah strategik bagi menampung keperluan katil hospital dan juga pengurusan hospital yang optimum dalam memerangi pandemik itu.

Pada kemuncak operasinya, Hospital Sungai Buloh mampu menampung lebih 2,000 pesakit Covid-19 pada satu-satu masa dan sehingga semalam, seramai 92,874 pesakit Covid-19 telah dirawat di hospital itu sepanjang pandemik Covid-19 melanda negara.

Dr Noor Hisham berkata KKM turut menzahirkan penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan di seluruh negara terutama di Hospital Sungai Buloh yang memberikan komitmen jitu dan perkhidmatan kesihatan terbaik sepanjang pandemik Covid-19.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori