Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Sepakat Mahu Moratorium Dilanjut...

KUALA LUMPUR - Beberapa Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang hari ini senada bersetuju mengenai cadangan...

Klasifikasi Semula Kes Teoh...

KUALA LUMPUR - Pengklasifikasian siasatan semula polis berhubung kes kematian Teoh Beng Hock...

Diskaun Tol 10% Grand...

KUALA LUMPUR - Pengguna Lebuhraya Grand Saga (Grand Saga) dan Lebuhraya Pintas Selat...

TPM Dijadual Lancar Inisiatif...

JOHOR BAHRU - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadualkan...

Hujan Lebat, Ribut Petir Di Enam Negeri Petang Ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat serta ribut petir dijangka berlaku di enam negeri pada petang ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman Facebook hari ini berkata, amaran hujan lebat dan ribut petir telah dikeluarkan melibatkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Sarawak dan Sabah.

“Hujan lebat serta ribut petir dilihat tertumpu di Baling dan Kulim negeri Kedah, manakala dua daerah di Pulau Pinang iaitu Barat Daya dan Timur Laut.

“Ramalan hujan lebat dan ribut petir juga dijangka berlaku di hampir semua daerah di Perak serta kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub, Pahang,” katanya di sini hari ini.


Tambah MetMalaysia, bagi negeri Sarawak, antara kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk yang sama adalah Kuching (Lundu), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang

“Di Sabah melibatkan sekitar Pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Penampang, Tuaran, Ranau dan Kota Belud).

“Orang ramai yang berada di lokasi berkenaan dinasihatkan agar berhati-hati berikutan cuaca yang tidak menentu ketika ini,” ujarnya.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori