Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Gadis Diculik Dua Polis...

UTTAR PRADESH – Sungguh kejam. Seorang remaja berusia 14 tahun mengalami pengalaman yang...

PRU-14: 1,100 Individu, NGO...

KUALA LUMPUR - Polis telah mengenal pasti kira-kira 1,100 individu dan organisasi yang...

Polis Kenal Pasti Anggota...

SINTOK - Polis Kota Setar sudah memanggil dan mengenal pasti anggotanya yang terlibat...

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar US hari ini berikutan...

Hukuman Mati Nagaenthran Dilaksanakan Pagi Tadi

Rakyat Malaysia yang didapati bersalah mengedar dadah di Singapura, Nagaenthran Dharmalingam, menjalani hukuman matinya pagi tadi, lapor Reuters yang memetik kenyataan ahli keluarga lelaki terbabit.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Usaha terakhir untuk mencabar pelaksanaan hukuman tersebut melalui undang-undang pada semalam gagal menyelamatkan nyawanya.

Kes membabitkan Nagaenthran, 34, itu menarik perhatian antarabangsa dengan pelbagai pihak menggesa agar tertuduh – yang disahkan memiliki tahap IQ lebih rendah berbanding orang biasa – diberikan pengampunan.

Dia menunggu selama lebih sedekad sebelum hukuman mati berkenaan dilaksanakan.

Sebelum ini Nagaenthran disabitkan atas kesalahan mengedar 44kg heroin di Singapura. Republik itu merupakan satu daripada negara yang menguatkuasakan undang-undang dadah paling ketat di dunia.

Menurut Reuters, pengesahan pelaksanaan hukuman itu dimaklumkan adik Nagaenthran, Navin Kumar, melalui telefon hari ini.

Kata Navin, mayat abangnya akan diuruskan di Ipoh, Perak.

Mahkamah Singapura pada Selasa menolak cabaran undang-undang dikemukakan ibu Nagaenthran sekali gus membuka ruang kepada pihak berkuasa meneruskan pelaksanaan hukuman gantung tersebut.


Menurut Reuters, pada penghujung sesi di mahkamah berkenaan, Nagaenthran dan keluarganya sempat bersalaman melalui celahan kaca sambil semuanya menyeka air mata.

Jeritan “Ma” daripada Nagaenthran juga dapat didengar dalam mahkamah berkenaan.

Pada Isnin kira-kira 300 orang berkumpul dalam program nyalaan lilin di Singapura bagi menyatakan bantahan ke atas pelaksanaan hukuman mati Nagaenthran.

Kes Nagaenthran telah menarik perhatian dunia, dengan sekumpulan pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan bilionair British Richard Branson menyertai perdana menteri dan aktivis hak asasi manusia Malaysia untuk menggesa Singapura meringankan hukuman mati tersebut.

Peguam dan aktivis berkata IQ Nagaentran didapati berada pada 69, tahap yang diiktiraf sebagai kecacatan intelek.

Bagaimanapun, mahkamah Singapura memutuskan Nagaentran tahu apa yang dia lakukan pada masa jenayahnya, dan memutuskan tiada bukti yang boleh diterima menunjukkan sebarang penurunan mental lelaki terbabit.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori