Selepas beberapa penangguhan, mahkamah Singapura memutuskan tarikh pelaksanaan hukuman mati Nagaenthran K Dharmalingam pada 27 April, kata peguamnya M Ravi.
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Dalam hantaran di Linkedin, Ravi menyifatkan perkembangan itu sebagai “menyayat hati”, mendakwa bahawa Singapura tidak akan pulih daripada “aib” antarabangsa yang akan dihadapinya kerana menggantung seseorang yang kurang upaya intelek.
“Baru menerima berita menyayat hati bahawa Nagenthren akan dihukum gantung pada Rabu depan.
“[…] Segala-galanya dari awal adalah salah mengenai kes ini. Malah pakar psikiatri kerajaan pada perbicaraan itu mengakui Nagaenthren mengalami fikiran yang tidak normal.
“Saya akan mengatakan bahawa semua rakyat Singapura akan mempunyai darah di tangan mereka Rabu depan kerana hukuman mati dilakukan atas nama mereka. Anda mempunyai kewajipan untuk menghentikan perkara ini,” katanya.
Mahkamah Singapura menolak rayuan terhadap hukuman mati Nagaenthren pada Mac, menolak hujah yang dikemukakan oleh pasukan peguamnya bahawa dia harus dikecualikan kerana dia kurang upaya secara mental.
Nagaenthran Dharmalingam dijatuhkan hukuman mati selama lebih sedekad kerana mengedar kira-kira 42.7g heroin ke Singapura, negara yang mempunyai antara undang-undang narkotik yang paling keras di dunia.
-Malaysia Kini