Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PM Gay Pertama Ireland,...

DUBLIN: Leo Varadkar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri (PM) Ireland dan ketua...

2,000 Batang Lemang Diedar...

KEMAMAN - Sebanyak 2,000 batang lemang diedarkan kepada pengguna Lebuhraya Pantai Timur 2...

Polis Lengkapkan Siasatan Pencuri...

JOHOR BAHRU - Polis sedang melengkapkan siasatan berhubung kejadian seorang pencuri yang terbunuh...

PRU14: Polis Awasi 15...

KUANTAN - Polis Pahang telah mengenal pasti 15 kawasan panas di seluruh negeri...

Imam ‘Superman’ Kena Tahan

Kuala Lumpur : Seorang imam sebuah masjid di Rantau Panjang di Klang antara lapan individu yang ditahan dalam Operasi Khas Samseng Jalanan, awal pagi tadi.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Lelaki berusia 20 tahun itu melakukan aksi berbahaya sambil menunggang motosikal dengan memakai jubah.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, operasi yang dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dijalankan di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Shah Alam (Kesas).

Menurutnya, dalam operasi itu, seramai lapan penunggang motosikal, berusia 14 hingga 24 tahun, ditahan selepas dikesan menunggang secara berbahaya.

Katanya, semua suspek ditahan di sekitar Shah Alam, Klang dan Kuala Lumpur oleh anggota operasi yang menjalankan risikan.


“Penunggang motosikal didapati melakukan aksi ‘Superman’ sambil menunggang pada kelajuan tinggi.

“Mereka yang ditahan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan Klang Selatan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 28A Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori