Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pengemis ‘Bergaji’ AS$4,000

BROOKLYN, Amerika Syarikat - Seorang penganggur yang pernah dibuang sebuah kolej mampu meraih...

Polis Tahan Dua Beradik...

KUALA NERANG – Polis menahan dua beradik dipercayai terlibat dalam beberapa kes pecah...

11 Jenazah Dikebumikan Di...

KUALA LUMPUR - Hanya 11 daripada 23 mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran...

Kanak-Kanak 5 Tahun Lemas...

BESUT - Keriangan sebuah keluarga berkelah dan mandi-manda sempena cuti sekolah di Pantai...

Imbasan MySejahtera, Pelitup Muka Tidak Lagi Diwajibkan

Imbasan kod QR MySejahtera tidak diwajibkan apabila memasuki premis atau tempat-tempat awam mulai 1 Mei ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, bagaimanapun, menggesa orang ramai supaya mengaktifkan fungsi MySJ Trace untuk tujuan pengesanan kontak.

Pada sidang akhbarnya, di Putrajaya, dia juga berkata, pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan di luar bangunan (outdoor).

“Ini mengambil kira risiko penularan jangkitan yang rendah dalam keadaan di mana ventilasinya adalah baik.


“Walau bagaimanapun, KKM menggalakkan agar pemakaian pelitup muka di luar bangunan terus diamalkan terutamanya apabila berada di kawasan ramai orang dan sesak seperti bazaar Ramadan, pasar malam, stadium,” katanya.

Menurut Khairy, pemakaian pelitup muka juga digalakkan kepada individu yang bergejala seperti demam, batuk dan selsema serta individu yang berisiko tinggi.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori