Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Suspek Insiden Keganasan Di...

PATTANI - Polis Thai telah mengenal pasti tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam...

PBRS Pula ‘Langgar’ Calon...

RANAU - Pertembungan lima penjuru di Parlimen Ranau menyaksikan calon Parti Bersatu Rakyat...

Seramai 679 Pelajar Ditangkap...

KUALA TERENGGANU – Seramai 679 pelajar telah ditangkap di seluruh negara tahun lepas...

Anak Mohon Maaf Tuduh...

BARU-BARU ini satu posting yang dibuat seorang anak tentang kaki ibunya yang didakwa 'disiat'...

Imigresen Sedia Buka Semua Kaunter Di Pintu Masuk Negara

SEPANG: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sudah bersedia untuk membuka kesemua kaunter Imigresen di pintu masuk udara dan darat di seluruh negara sempena pembukaan semula sempadan negara bermula hari ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Timbalan Ketua Pengarahnya (Pengurusan), Datuk Zakaria Shaaban berkata, pintu masuk udara dan darat itu akan dibuka mengikut keperluan semasa dan ia juga bergantung kepada jumlah ketibaan pengembara dari luar negara.

Beliau berkata, buat masa ini 50 peratus pintu udara dibuka di lapan lapangan terbang antarabangsa termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), KLIA2, Kota Kinabalu, Kuching, Miri, Langkawi, Bayan Lepas dan Senai.

“Sebanyak 183 kaunter imigresen di pintu masuk udara dibuka hari ini selain 151 pintu keluar beroperasi.

“Secara keseluruhan, kita mempunyai 229 kaunter masuk dan 232 kaunter keluar di lapan lapangan terbang antarabangsa di seluruh negara,” katanya pada sidang akhbar sempena majlis sambutan pembukaan negara di KLIA, hari ini.


Bagi pintu darat pula, Zakaria berkata, sebanyak 224 pintu masuk dan 228 pintu keluar dibuka pada hari ini di enam lokasi masing-masing di Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar di Johor; Bukit Kayu Hitam (Kedah); Wang Kelian (Perlis); Tebedu dan Sungai Tujoh di Sarawak.

Menurutnya, pihaknya menjangkakan akan berlaku sedikit kekalutan pada hari pertama namun ia akan diatasi dari semasa ke semasa.

“Namun, setakat ini, tiada masalah besar timbul dan pergerakan keluar dan masuk pelancong berjalan lancar,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori