Tidak. Perangai dia tetap sama.
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Menakut-nakutkan rakyat bahawa Malaysia bakal muflis dan gagal.
Membina persepsi salah bahawa Malaysia bakal menerima nasib yang sama seperti Sri Lanka.
Supaya anak dia dan DAP kononnya boleh “Selamatkan Malaysia”.
Uncle, kalau tak faham benda ekonomi ni, janganlah komen.
Jauh beza keadaan Malaysia dengan Sri Lanka.
Sri Lanka sedang menghadapi krisis yang teruk pada ketika ini sebab kekurangan dana dalam mata wang asing untuk membayar hutang negara.
(Walaupun ada propaganda negara barat yang kata negara China adalah penyebab Sri Lanka tak dapat bayar hutang asing, ianya tidak benar sebab hutang kepada negara China hanya 10% daripada jumlah keseluruhan hutang asing Sri Lanka. Baki 90% adalah hutang yang dipinjam oleh kerajaan Sri Lanka melalui terbitan bon-bon matawang asing).
Biar saya jelaskan kepada Uncle apa beza keadaan Sri Lanka dengan Malaysia:
NOMBOR satu dan paling penting ialah perbezaan hutang kerajaan Sri Lanka dengan Malaysia.
Biarpun nisbah hutang kerajaan kepada KDNK bagi Malaysia naik mencanak selepas PRU14 (terima kasih PH dan PN!) ke 62% pada akhir tahun tetapi hanya 2.5% (sekitar RM25 bilion) daripada hutang RM1 trilion Malaysia adalah dalam bentuk mata wang asing. (Bon samurai kerajaan PH dalam bentuk Yen Jepun juga telah meningkatkan hutang mata wang asing kita yang cuma RM15 bilion sebelum PRU14).
Ini jauh berbeza berbanding Sri Lanka di mana nisbah hutang kerajaan mereka telah cecah 100% di mana lebih 50% daripada hutang mereka adalah dalam bentuk mata wang asing.
Sebab lebih 97% daripada hutang kerajaan Malaysia adalah dalam mata wang Ringgit maka kita tidak terdedah kepada keadaan di mana negara tak cukup dana mata wang asing untuk bayar hutang kepada peminjam asing.
NOMBOR 2: Malaysia telah mencatat lebihan (atau surplus) bagi perdagangan antarabangsa kita secara memanjang sejak berpuluh tahun lalu – bermakna nilai eksport kita adalah lebih tinggi berbanding nilai import kita.
Ini jauh berbeza dengan Sri Lanka yang catat defisit perdagangan antarabangsa secara memanjang.
NOMBOR 3: Jumlah rizab antarabangsa Malaysia adalah dalam trend menaik dan sering mencecah US$100 bilion sejak tahun 2000. Keadaan rizab antarabangsa kita cuma kritikal pada tahun 1990an susulan bahagian besar rizab asing kita lesap dalam skandal FOREX BNM zaman PM4 sehingga kita terancam dengan krisis ekonomi asia tahun 1998 apabila mata wang Ringgit diserang dan negara tidak cukup dana asing untuk mempertahankannya.
Rizab antarabangsa Sri Lanka pula adalah lemah sejak 20 tahun lalu dan pada kemuncaknya cuma sampai US$10 bilion dan kita telah menurun ke bawah US$2 bilion berbanding hampir US$120 bilion bagi Malaysia.
NOMBOR 4: Pandemik Covid juga memburukkan keadaan bagi Sri Lanka sebab industri pelancongan asing merupakan sumber utama bagi aliran masuk dana asing ke Sri Lanka.
Ini tak sama dengan Malaysia di mana penyumbang utama adalah sektor pembuatan dan eksport minyak/gas serta komoditi seperti minyak sawit yang semakin meningkat susulan pembukaan semula ekonomi dunia.
Mampu faham tak, Uncle?
Posting Uncle: https://www.facebook.com/limkitsiang2.0/posts/532681784886369
Mynewshub-