Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Harga Minyak Turun, Peniaga...

PETALING JAYA - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Hamzah...

Raja Salman Ikrar Kenal...

MAKKAH - Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud berikrar akan mengenal pasti...

Istiadat Tabal Adat Sultan...

KUALA KANGSAR - Istiadat Tabal Adat bagi pertabalan Sultan Perak XXXV Sultan Nazrin...

Covid-19: 17,828 Kes Baru...

COVID-19 | Sebanyak 17,828 lagi kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan...

Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Ditutup, Belum Selamat

Ipoh : Laluan Persekutuan FT185 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Seksyen 27 di sini masih ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan kerana masalah cerun akibat hujan lebat berterusan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kinta dalam notis pemberitahuan melalui laman Facebook rasminya berkata pemeriksaan oleh Cawangan Pakar pada hari ini mendapati keadaan cerun masih belum selamat untuk dilalui kenderaan sehingga kerja-kerja pembersihan runtuhan tanah dijalankan sepenuhnya.

“Notis penutupan ini disambung bermula dari hari ini sehingga ke tarikh yang akan dimaklum kelak.

Pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif Jalan Persekutuan FT059 Jalan Tapah-Cameron Highlands untuk jalan perhubungan sementara. Kesulitan amatlah dikesali,” kata JKR Daerah Kinta dalam kenyataan itu hari ini.


Katanya pengguna jalan raya diingatkan untuk merancang perjalanan dan mematuhi arahan papan tanda keselamatan di tapak serta pihak berwajib.

Pada 2 Disember lalu, dua maut selepas kenderaan dinaiki iaitu Toyota Alphard dan sebuah lori tertimbus dalam runtuhan tanah menyebabkan laluan berkenaan ditutup kepada semua kenderaan.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori