Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

BN Tidak Perlu Dana...

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) tidak memerlukan peruntukan yang besar untuk berkempen...

HUSM Dibantu Pakar Jantung...

KOTA BHARU - Universiti Sains Malaysia (USM) sekali lagi menerima bantuan kepakaran sepasukan...

Anwar Kemuka Usul Undi...

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan usul hilang kepercayaan...

Awan Bergulung Gemparkan Penduduk...

TELUK INTAN - Awan bergulung seperti ombak gadang yang muncul di ruang angkasa...

Jangan Salah Guna Kurniaan Istana Johor: Permaisuri Johor

JOHOR BAHRU – Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofia Sultan Idris Shah bertitah, sebarang kurniaan daripada Istana Johor tidak sepatutnya disalahguna untuk meraih populariti di media sosial.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ia merujuk kepada akaun TikTok ‘shafeqyahya’ yang menayang beberapa hadiah kurniaan daripada Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Menerusi muat naik di laman Facebook, The Royal Johor pada Selasa, baginda bertitah tidak mengenali individu pemilik akaun tersebut.

“Saya tahu hadiah-hadiah itu dan ia sebenarnya hadiah kurniaan kepada sesetengah pegawai kanan kerajaan negeri Johor sebagai penghargaan ikhlas atas perkhidmatan mereka.


“Saya tidak mengenali siapa ‘shafeqyahya’ ini dan saya mengesyaki hadiah itu disalah gunakan untuk meraih ikutan dan populariti di media sosial, seolah-olah mempunyai hubungan yang rapat dengan keluarga diraja Johor,” titah baginda.

Sehubungan itu, baginda bertitah, satu laporan polis akan dibuat untuk menyiasat sama ada wujudnya elemen salah guna atau menyamar sebagai pegawai kerajaan Johor.

Sebelum itu, pemilik akaun tersebut berkongsi video TikTok memaparkan beberapa kurniaan dari Istana Johor seperti loket rantai, syiling berwarna emas, set pen dan tasbih dan samping raya sehingga ada foto yang mendapat tanda suka lebih 19,000.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori