Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Isu Tanah Rizab Orang...

BERA - Isu tanah rizab masyarakat Orang Asli dijangka selesai sepenuhnya pada penghujung...

Operasi Cari Kapal Karam...

JAKARTA: Operasi mencari kapal KM Sinar Bangun yang dipercayai tenggelam bersama lebih 100...

7 Lelaki Terlibat Kegiatan...

KOTA KINABALU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan tujuh lelaki berumur lingkungan...

Sultan Mizan Tarik Diri...

KUALA LUMPUR - Hasrat peminat tempatan untuk menyaksikan sendiri Sultan Terengganu, Sultan Mizan...

Jangkaan Rusia Guna Senjata Nuklear Di Eropah Bakal Jadi Kenyataan

WASHINGTON : Amerika Syarikat (AS) menjangkakan Presiden Rusia, Vladimir Putin berkemungkinan melaksanakan taktikal menggunakan senjata nuklear tenaga rendah selepas peperangan di Ukraine disifatkan sebagai ‘gagal’.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Perkara itu disuarakan oleh Pengarah Agensi Perisikan Pusat AS (CIA), William Burns ketika berucap di Universiti Teknologi Georgia di Atlanta.

“Berdasarkan situasi perang di Ukraine ketika ini, Rusia seperti mengalami kegagalan dalam misi mereka, sekali gus mewujudkan situasi terdesak buat Putin dan barisan kepemimpinan Rusia.

“Putin dan kerajaannya boleh mengubah taktikal kepada penggunaan senjata nuklear tenaga rendah pada bila-bila masa,” katanya.

Namun, Burns mengakui bahawa negara ini belum melihat sebarang bukti praktikal mengenai perkara tersebut.

Jelasnya, semua pihak bimbang, termasuk Presiden Joe Biden dan jika boleh, mereka tidak mahu tercetusnya Perang Dunia Ketiga.

Dalam pada itu, jangkaan AS tersebut dilihat seperti ‘bakal berlaku’ apabila seorang daripada sekutu rapat Putin memberi amaran kepada Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bahawa Moscow boleh melancarkan serangan nuklear dan peluru berpandu hipersonik ke Eropah.


Perkara itu boleh berlaku sekiranya Sweden dan Finland bertegas untuk sertai NATO.

Finland yang berkongsi 1,300 kilometer kawasan sempadan dengan Rusia dan Sweden kini merancang untuk menyertai NATO dalam masa terdekat.

Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Rusia, Dmitry Medvedev berkata, Rusia perlu mengukuhkan kawasan daratan udara dan perairannya di Laut Baltik apabila Sweden dan Finland menyertai NATO.

“Tiada lagi perbincangan mengenai ‘bebas nuklear’ kerana keseimbangan dan keselamatan Rusia perlu dipastikan.

“Sweden dan Finland seharusnya menyedari perkara ini dan jika tidak, mereka tiada pilihan selain perlu ‘hidup bersama senjata nuklear dan peluru berpandu hipersonik’ di negara masing-masing,” ujarnya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori