PUTRAJAYA : Jenazah Allahyarham Tan Sri Dr. Ali Hamsa akan dibawa pulang ke Malaysia bagi penghormatan terakhir dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, di sini pada Isnin ini.
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, jenazah bekas Ketua Setiausaha Negara Ke-13 itu dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 3 pagi hari berkenaan.
Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk penghormatan terakhir di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni bermula pukul 8 pagi hingga 9.45 pagi.
Jenazah dijadual disembahyangkan pada pukul 10 pagi di dewan solat ttama sebelum dikebumikan.
“Pelawat-pelawat yang memberi penghormatan terakhir di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dinasihatkan tiba di dewan mulai pukul 8 hingga ke 9.45 pagi.
“Ia sebelum jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Presint 20 pada pukul 10.15 pagi,” katanya hari ini.
Allahyarham dilahirkan pada 29 Ogos 1955 di Kluang, Johor dan kembali ke rahmatullah pada 21 April lalu bersamaan 19 Ramadhan 1443H di Hospital Dublin, Ireland.
-Utusan Online