Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Idea ‘Gila’ RM1 Sepotong...

KUALA TERENGGANU - Idea ‘gila’ bekas jururawat jual lima jenis kek berkelas elit...

Perlis Putus Fatwa Wang...

KANGAR - Negeri Perlis meluluskan fatwa membolehkan wang zakat diberi kepada bukan Muslim...

Remaja Yang Langsung Tak...

SEORANG remaja dari India yang menghidap Osteogenesis Imperfecta hingga menyebabkannya tidak boleh berdiri,...

300,000 Penerima BSH Beri...

KUALA LUMPUR – Sehingga hari ini, seramai 3 juta penerima Bantuan Sara Hidup...

Jual Tanah Lapangan Terbang, SPRM Akan Panggil Beberapa Individu

IPOH : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri akan memanggil beberapa individu bagi membantu siasatan berhubung penjualan tanah untuk pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Seri Iskandar, Perak Tengah.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pengarah SPRM Perak, Datuk Mohd. Fauzi Mohamad berkata, pihaknya sudah memulakan siasatan selepas menerima aduan rasmi yang dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Datuk Asmuni Awi, semalam.

“Siasatan dibuat bagi mengenal pasti sama ada wujud sebarang kesalahan mengikut Akta SPRM 2009. Individu-individu yang terbabit akan dipanggil untuk membantu SPRM dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Bagaimanapun, Mohd. Fauzi enggan mendedahkan identiti individu-individu yang bakal dipanggil untuk membantu siasatan berhubung perkata tersebut.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Perak Tengah, Mohd. Syukri Azari berkata, setakat ini kerja-kerja secara fizikal di atas tanah seluas 188.13 hektar tersebut masih belum dimulakan.


Menurutnya, pihak berkenaan juga masih belum menghantar pelan kerja tanah serta pelan jalan dan perparitan untuk mendapatkan kelulusan sebelum kerja tapak dimulakan.

“Mereka perlu mendapat kelulusan pelan itu yang dikeluarkan oleh pihak kami, namun setakat ini pihak berkenaan masih belum menghantarnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengesahkan tanah untuk tapak cadangan pembinaan lapangan terbang berkenaan sudah dijual kepada sebuah syarikat swasta.

Rentetan daripada itu, empat bekas Exco kerajaan Perak sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan (PH) tampil meminta SPRM membuat siasatan berhubung isu penjualan tanah untuk tapak cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Seri Iskandar, semalam.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori