Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Rafizi Lari ‘Kecut Perut’...

KUALA KANGSAR - Ketika Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli bongkak jaja tohmahan mengenai...

Syed Ibrahim Syed Noh...

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang baharu dilantik, Syed...

BN Janjikan Sistem Pengangkutan...

KUALA LUMPUR - Transformasi sistem pengangkutan awam terus menjadi tumpuan utama Barisan Nasional...

Fiesta Belon Udara Panas...

GEORGETOWN - Sepuluh ribu pengunjung membanjiri Padang Polo, di sini untuk menyaksikan Fiesta...

Jumlah Daftar Masuk MySejahtera Turun 30 Peratus

KUALA LUMPUR : Jumlah individu yang menggunakan fungsi daftar masuk dalam aplikasi MySejahtera terus mencatatkan pengurangan ketara apabila menurun lebih 30 peratus, atau sekitar 8.6 juta pengguna.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Penurunan itu dicatatkan sejak 25 Mac lalu, iaitu sehari selepas pembentangan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di Parlimen, yang menimbulkan persoalan mengenai keselamatan data pengguna MySejahtera serta ketelusan dalam pembangunan aplikasi itu.

Data di portal GitHub Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan, penurunan penggunaan MySejahtera itu direkodkan di semua negeri dan wilayah, dengan kadar penurunan antara 26 hingga 49 peratus.

Jumlah daftar masuk yang dikira berdasarkan purata tujuh hari menunjukkan tiga negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang mencatatkan penurunan tertinggi, selain Putrajaya, Sabah dan Kedah.

Selain itu, 11 negeri mencatatkan penurunan penggunaan daftar masuk MySejahtera melebihi 30 peratus, iaitu purata penurunan di seluruh negara.

Data daftar masuk MySejahtera di portal itu menunjukkan Kelantan mencatat penurunan tertinggi 49 peratus, daripada 353,309 pada 25 Mac kepada 180,035 pada 11 April lalu.

Ia disusuli Terengganu yang mencatat penurunan 47 peratus, serta Putrajaya (40.8 peratus), Pahang (39.3 peratus), Sabah (36.9 peratus) dan Kedah (36.7 peratus).


Labuan turut mencatat kadar penurunan yang tinggi dengan 34.7 peratus, disusuli Negeri Sembilan (34.6 peratus), Perlis (34.3 peratus), Perak (33 peratus) dan Melaka (30.9 peratus).

Lima lagi negeri dan wilayah mencatat penurunan di bawah 30 peratus, iaitu Selangor (29.6 peratus), Kuala Lumpur (29 peratus), Sarawak (27.4 peratus), Johor (26.6 peratus) dan Pulau Pinang (25.9 peratus).

Sejak 25 Mac lalu, jumlah daftar masuk MySejahtera di seluruh negara mencatat angka paling rendah pada 7 April lalu dengan 16,020,112, iaitu terendah dalam tempoh lebih 37 minggu sejak 25 Julai tahun lalu.

Pendaftaran menerusi MySejahtera dilihat mencatatkan pola penurunan sejak awal tahun ini, apabila mencatatkan sekitar 15 juta hingga 18 juta sejak beberapa hari lalu, berbanding 29 juta hingga 33 juta hujung tahun lalu.

PAC sebelum ini mendedahkan aplikasi MySejahtera, yang awalnya bertujuan memudahkan proses pengesanan kontak rapat COVID-19, dibangunkan tanpa kontrak antara kerajaan dengan syarikat yang membangunkan aplikasi itu.

Laporan PAC itu juga mendedahkan Kabinet meluluskan kontrak secara rundingan terus untuk melantik syarikat baharu, MySJ Sdn Bhd untuk menguruskan aplikasi berkenaan.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori