MERSING – Seorang daripada empat penyelam yang dilaporkan hilang ketika menyelam di Mersing pada Rabu ditemui selamat.
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Wanita warga Norway, Kristine Grodem, 35, dibawa dengan menaiki helikopter ke Stadium Mini Mersing, jam 12.05 tengah hari Khamis.
Memetik laporan Awani, Kristine merupakan jurulatih selam kepada lelaki warga Britain, Adrian Peter, 46, dan anaknya, Nathan Renze, 14, warga Belanda dan wanita Perancis, Alexia Alexandra, 18, yang masih hilang ketika ini.
Empat warga asing hilang ketika melakukan aktiviti menyelam di perairan Pulau Tokong Sanggol, kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjung Leman, pada Rabu. – Foto Maritim Malaysia.
Dalam kejadian tengah hari pada Rabu, empat warga asing itu hilang ketika melakukan aktiviti menyelam di perairan Pulau Tokong Sanggol, kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjung Leman di sini.
Sementara itu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi laman Facebook rasminya melahirkan rasa syukur di atas penemuan Kristine dan meminta semua agar mendoakan mencari dan menyelamatkan mangsa-mangsa lain dipermudahkan.
-Sinar Harian