Monday, December 2, 2024

Creating liberating content

Nadma Sedia Hadapi Banjir...

KUALA NERUS - Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) kini giat melakukan pelbagai latihan...

Saya Jaga Semua Tak...

PORT DICKSON - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Port Dickson, Datuk Seri...

Serangan Masjid: Warga Malaysia...

SEORANG rakyat Malaysia cedera dalam insiden tembakan di sebuah masjid di Christchurch, New...

Sekatan Import Produk Minyak...

KUALA LUMPUR - Momentum eksport Malaysia ke India yang kukuh ketika ini mungkin...

Kadar Tambang Bas Ekspres Naik Bermula 29 April

KUALA LUMPUR: Kadar tambang bas ekspres akan dinaikkan hampir 10 peratus kepada 10.2 sen bagi setiap kilometer bermula hujung bulan ini, menjelang sambutan Aidilfitri.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ia berdasarkan satu pekeliling dikeluarkan APAD bertarikh 21 Mac lalu, yang memaklumkan kenaikan kadar tambang bas ekspres itu berkuat kuasa sepanjang tempoh sah laku Lesen Perubahan Sementara (LPS).

Mengesahkan perkara itu, Ketua Pengarah APAD, Datuk Azlan Shah Al Bakri, berkata kenaikan sebanyak RM0.009 setiap kilometer itu diputuskan Kabinet untuk kadar tambang bas ekspres dan bas ekspres tambahan.

Katanya, kenaikan kadar tambang itu bukan perkara baharu, sebaliknya ia dilaksanakan setiap tahun menjelang sambutan perayaan utama, khususnya Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina, dan terhad untuk 10 hari sahaja.

“Setiap kali sambutan perayaan, kita menjangkakan permintaan bas ekspres akan meningkat, sekali gus kerajaan perlu mengeluarkan LPS bagi membolehkan pihak pengendali bas ekspres menyediakan bas ekspres tambahan bagi menampung permintaan.

“Apabila LPS dikeluarkan, ia akan berserta dengan kenaikan kadar tambang sekitar 9.7 peratus, khusus bagi menampung permintaan tinggi pada musim perayaan dengan pengeluaran bas tambahan.

“Perkara ini dilakukan sejak dahulu lagi dan terhad sepanjang tempoh sah laku LPS selama 10 hari sahaja, iaitu bermula 29 April hingga 8 Mei 2022,” katanya.


Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Ashfar Ali, memaklumkan tiket bas ekspres masih ada ketika ini, dan hanya syarikat tertentu yang sudah kehabisan tiket bas.

“Tiket masih ada tetapi bergantung pada penumpang nak pilih bas yang mana. Contohnya, ada bas A dan B yang ke destinasi sama, tapi penumpang nak naik bas A walaupun tiket sudah habis, sedangkan B masih ada tiket,” katanya.

Beliau turut memaklumkan pihak pengendali bas ekspres sudah diberi kebenaran untuk menbuat penambahan bas bagi menampung peningkatan permintaan menjelang Aidilfitri, namun ia bergantung pada pihak operator sama ada mahu menambah atau tidak.

“Saya ingin mohon kerjasama penumpang yang ingin pulang ke kampung supaya membuat pembelian tiket segera, jangan tunggu saat akhir untuk mohon.

“Penumpang juga perlu hadir awal bagi memudahkan pelaksanaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori