Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Laksana PKP Pada Hari...

SHAH ALAM - Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr...

PM Kecewa Portal Berita...

HARI ini nampaknya portal propembangkang mungkin terpaksa cari akal selepas kantoi dimalukan laporan...

Kerajaan Komited Pastikan Rakyat...

KUANTAN - Kerajaan komited untuk terus memastikan rakyat mendapatkan pendidikan terbaik di negara...

LTTE: Kes Pengutip Besi...

KUALA LUMPUR - Kes pengutip besi buruk, A Kalaimughilan yang didakwa terbabit dengan...

Kadar Zakat Fitrah Perlis Kekal RM7

KANGAR : Bayaran zakat fitrah bagi umat Islam di Perlis pada tahun ini kekal pada kadar RM7 seperti tahun sebelumnya.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, bertitah penetapan kadar itu selaras dengan kelulusan Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang memperakukan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Perlis untuk mengekalkan kadar fitrah tahun ini berdasarkan harga beras yang lazim digunakan oleh masyarakat.

“Kadar bayaran zakat fitrah pada tahun ini kekal pada RM7 seperti tahun sebelumnya.

“Selain bayaran tunai, umat Islam yang menunaikan zakat fitrah dengan beras pula ditetapkan pada kadar pengeluaran sebanyak satu gantang Nabawi seorang, iaitu bersamaan dengan 2.6 kilogram (kg),” titah baginda.

Baginda bertitah demikian sempena Majlis Rukyah Hilal Ramadan 1443H anjuran Jabatan Mufti Perlis dan MAIPs di Tapak Cerapan Hilal Perlis, Kompleks Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis, di sini, semalam.

Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil, turut mengiringi baginda pada majlis itu.


Dalam perkembangan sama, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor, berkata adalah menjadi kewajipan bagi setiap umat Islam yang tinggal di negeri ini untuk mengeluarkan fitrah sebagaimana ditetapkan bagi diri, isteri dan anak serta tanggungan lain.

Umat Islam juga boleh menunaikan zakat fitrah melalui amil kariah di seluruh Perlis dan secara dalam talian, di samping melayari laman web MAIPs: www.maips.gov.my untuk maklumat lanjut.

Sementara itu pada majlis sama, baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs turut berkenan melancarkan sebaran penerbitan bertajuk ‘Adab-adab Berbuka Puasa Menurut Sunnah’ terbitan Jabatan Mufti Perlis.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata sebaran penerbitan itu bertujuan menggalakkan umat Islam sentiasa menghayati dan mengamalkan adab berbuka puasa yang bertepatan dengan sunnah Rasulullah SAW.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori