Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

BNBBC Perak Gesa Dakwa...

IPOH - Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional Perak menggesa pihak berkuasa supaya mencari...

Kumpulan Pertama Jemaah Haji...

SEPANG - Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia bagi musim 1437H/2017M seramai 414 orang selamat...

Polis Terima Laporan Penulis...

IPOH - Polis hari ini mengesahkan menerima laporan daripada penganalisis dan penulis politik...

Syed Saddiq Didakwa Pecah...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didakwa di...

‘Kecualikan Duti Import Nikotin Gum’

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mahu duti import nikotin gum diturun atau dikecualikan bagi menyokong usaha membantu perokok di negara ini berhenti merokok.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menterinya, Khairy Jamaluddin, berkata banyak aduan diterima daripada syarikat farmasi tempatan yang mahukan duti import nikotin gum itu dimansuhkan.

Beliau berkata, pihaknya akan bertemu dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Perbendaharaan bagi membincangkan perkara itu.

“Saya akan bangkitkan isu ini kerana kami melihat duti import terhadap nikotin gum perlu diturunkan atau dikecualikan.

“Nikotin gum adalah benda yang baik untuk kita bantu perokok berhenti merokok,” katanya selepas Majlis Pelancaran Program Perkhidmatan Berhenti Merokok mQuit Masjid di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Idris Ahmad.

Difahamkan, perintah duti kastam yang berkuat kuasa pada 1 Jun depan akan mengenakan duti import 15 peratus setiap kilogram ke atas nikotin gum yang dibawa masuk ke negara ini.


Dalam pada itu, Khairy berkata, KKM akan memperhebatkan kempen berhenti merokok menerusi program mQUIT selain menguatkuasakan larangan merokok di tempat awam.

Katanya, sesi libat urus bersama pihak berkuasa akan diadakan berterusan supaya isu rokok seludup dapat ditangani.

“Tidak guna kita buat undang-undang tapi masih ada pasaran gelap dan kita akan banteras habis-habisan rokok seludup itu,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, sejak awal Januari hingga 15 Mac lalu, sebanyak 28,835 premis diperiksa menerusi aktiviti penguatkuasaan larangan merokok di tempat awam.

“Kami turut menerima 2,981 aduan menerusi aplikasi WhatsApp mengenai aktiviti merokok di kawasan awam sepanjang tempoh sama.

“Setakat 6 April lalu, KKM mengeluarkan 13,437 notis kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 atas kesalahan merokok di kawasan larangan dan merokok di bawah umur,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori