Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pelbagai Pihak Zahir Penghargaan...

KUALA LUMPUR – Pelbagai pihak hari ini menzahirkan penghargaan mereka kepada warga pengamal...

Scha Alyahya Dedah Punca...

SCHA Al-Yahya kini sudah kembali berlakon dan ini pasti membuatkan peminatnya berasa gembira.Semasa...

Pembunuh Cantik Dipenjara Sehingga...

TIGA pekerja bar karaoke wanita dipenjara sehingga 33 tahun kerana membunuh rakan sekerja...

Lelaki Bela Harimau Di...

TALLAHASSEE, Amerika Syarikat – Seorang lelaki membela enam ekor harimau dan dua ekor...

KEDA Peruntuk RM6.4 Juta Bantu Ekonomi Pesertanya Tahun Ini

KUALA NERANG : Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperuntukkan RM6.4 juta bagi membantu 10,350 pesertanya menerusi pelbagai aktiviti ekonomi pada tahun ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata peruntukan itu antaranya membabitkan bantuan peralatan, infrastruktur dan program pembangunan keusahawanan untuk projek pertanian, ternakan dan perniagaan.

“Antara jenis bantuan yang diberikan adalah input pertanian seperti benih dan baja, jentera pertanian, bina kandang ternakan, mesin dan perniagaan, kursus kemahiran serta khidmat bimbingan usahawan,” katanya pada sidang media pada Majlis Iftar Warga Desa Keda, di sini, malam tadi.

Turut hadir, Pengerusi KEDA, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail dan Pengurus Besar KEDA, Kamarudin Abd Akib.

Mahdzir berkata, KEDA melaksanakan bantuan ekonomi melalui tujuh program utama antaranya Program Transformasi Desa dan Pengupayaan Komuniti, Projek Pertanian Petani Luar Bandar dan Projek Pembangunan Sawah.


Selain itu, turut dilaksanakan ialah Program Keusahawanan Wanita, Program Transformasi Pembangunan Keusahawanan, Program Pembangunan Kemahiran Untuk Komuniti B40 dan Program Pembangunan Semula Kawasan Terbiar.

“Maklum balas yang diterima daripada peserta menunjukkan bantuan ekonomi ini memberi manfaat dalam peningkatan pendapatan isi rumah antara 30 hingga 40 peratus dan kami berharap kesemua peserta dapat manfaatkan bantuan yang diberikan sebaik mungkin,” katanya.

Mahdzir berkata ia sekali gus dapat membantu peserta KEDA keluar daripada garis kemiskinan dan merapatkan jurang pendapatan antara masyarakat luar bandar dengan bandar.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori