Kecoh apabila Pengerusi Pejuang, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendedahkan perjumpaannya dengan Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md. Yasin.
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Mahathir mendedahkan Mahiaddin meminta sokongannya untuk mendapatkan semula jawatan Perdana Menteri Malaysia.
Jika benar begitu apa pula kisahnya dengan Perdana Menteri sedia ada, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob? Apakah bersedia menyerahkan semula jawatan kepada Mahiaddin?
Mahathir namun mempersoalkan apakah beliau perlu menyokong Mahiaddin yang pernah menyebabkan beliau tidak dapat jadi Perdana Menteri.
“Saya tak tahu nak kata apa. Saya tak jadi perdana menteri sebab Muhyiddin. Dia tikam belakang saya.
“Sekarang orang yang dia tikam belakang itu, tak mati lagi,” kata Mahathir.
Jika pendedahan itu benar ternyata Mahiaddin telah tidak berlaku jujur kepada rakyat semasa berkempen dalam PRN Johor baru-baru ini.
Beliau dalam ceramah politiknya mendakwa tidak pernah meminta menjadi Perdana Menteri selepas kerajaan PH tumbang.
Tetapi realiti hari ini menunjukkan beliau adalah seorang yang sanggup meminta-minta kerana mengidam untuk menjadi Perdana Menteri.
Mahathir pula berbohong beliau tidak dapat menjadi Perdana Menteri kerana telah ditikam dari belakang oleh Mahiaddin.
Walhal semua tahu Mahathir tidak jadi Perdana Menteri kerana beliau meletak jawatan selepas kerajaan PH ditolak oleh rakyat dalam banyak PRK.
Kesimpulannya politik Malaysia tidak akan pernah stabil selagi ada kenyataan-kenyataan politik yang penuh dengan putar belit seperti ini.
-Mynewshub