Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Malaysia Boleh Terlibat Perjanjian...

KUALA LUMPUR - Kegagalan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik, akan membolehkan Malaysia untuk terlibat dalam...

Johan, Ozlynn Bakal Timang...

KECOH atmosfera hiburan tanah air apabila khabarnya pelakon yang juga merupakan finalist Super...

Bas Jatuh Gaung Di...

LIMA - Sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala kira-kira 40 lagi cedera pada Rabu...

Temberang Tak Akan Dipertandingkan...

KUALA LUMPUR: Meskipun single terbarunya, Temberang mencatat lebih 12 juta tontonan di YouTube,...

Keprihatinan TMJ Terhadap Bella Datang Dari Lubuk Hati

 

Bila TMJ menyatakan sokongan agar kanak-kanak mangsa dera, Bella mendapat keadilan yang sewajarnya, hampir seluruh rakyat Malaysia begitu gembira.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pada mereka, Bella akan lebih terbela apabila adanya figura yang sangat berkuasa dan disegani dilihat bersimpati pada nasibnya.

Namun, di celah-celah itu, ada juga seketul dua yang macam tak puas hati.

Lumrah la kan… Salah satu perkara yang paling mustahil untuk dicapai di dunia ini adalah untuk memastikan setiap seorang manusia bersetuju dan gembira terhadap sesuatu perkara.

Buat la sebaik mana pun, akan tetap ada segilintir manusia yang tetap akan bersikap negatif.

Berbalik kepada sokongan TMJ kepada nasib Bella, jangan anggap ia gimik atau saje mahu memperlihatkan keprihatinan.

Kasih sayang dan ambil berat baginda yang juga seorang bapa terhadap nasib kanak-kanak bukan bermula ketika isu Bella panas.

Keprihatinan baginda terhadap nasib kanak-kanak sudah lama.


Ambil contoh jersi pasukan JDT sendiri.

Yang tertera di hadapan baju itu ialah Unicef : For Every Child.

Unicef atau Tabung Kanak-kanak PBB adalah agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang antara peranan utama adalah untuk mencari jalan melindungi kanak-kanak di serata dunia pada penderaan dan pencabulan.

Bahagian hadapan jersi pasukan hebat JDT yang boleh dibuka untuk penajaan mahal pada mana-mana syarikat, dikorbankan TMJ demi menyokong Unicef dan menyebarkan mesej positif untuk memperjuangkan nasib kanak-kanak.

Malah, wang kemenangan Piala Sumbangsih juga pernah pasukan baginda serahkan kepada Unicef.

Justeru, bila melihat baginda dan isteri tampil mempertahankan nasib Bella, ia bukan sesuatu yang baharu.

Itulah sikap baginda terhadap nasib kanak-kanak selama ini.

Sebagai rakyat, marilah kita mengucapkan terima kasih atas keprihatinan berterusan baginda kepada kanak-kanak.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori