Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Hafiz Terang Situasi Sebenar...

HAFIZ Hamidun menjelaskan perkara sebenar yang berlaku dalam perkahwinannya sehingga membawa kepada tindakan...

Imigresen Tumpaskan Sindiket E-Kad...

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan satu sindiket membuat E-Kad palsu di...

Foto: Syoknya..Siti Nurhaliza &...

IBARAT syurga dunia, itu luahan para pelancong yang pernah ke pulau impian, Maldives...

Bomba Lahad Datu Selamat...

LAHAD DATU - Tindakan pantas Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu memberi respons...

Kerajaan Arahkan Ahli Parlimen Belanjakan 70 Peratus Peruntukan Kepada B40

Kuala Nerus : Ahli parlimen diarahkan membelanjakan 70 peratus atau RM1.75 juta daripada RM2.5 juta peruntukan keseluruhan diterima untuk membantu golongan B40.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, arahan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada semua ahli parlimen itu membuktikan keprihatinan kerajaan kepada rakyat, terutama golongan B40.

“Penularan Covid-19 memberi kesan kepada seluruh rakyat terutama B40.

“Arahan Perdana Menteri ini bertujuan membantu meringankan beban golongan B40 yang terkesan susulan penularan pandemik ini,” katanya kepada media di sini, semalam.

Ahmad Amzad berkata demikian ketika menyantuni 100 anak yatim pada Program Kasih Ramadan EPIC.


Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) Berhad Ridzuan Ali.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Amzad yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, lapan rumah dengan kos keseluruhan RM550,000 akan dibina di empat kawasan dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) di Parlimen Kuala Terengganu.

Projek bagi membantu masyarakat yang tidak berkemampuan membina rumah sendiri tetapi memiliki tanah dijangka mengambil masa antara empat hingga lima bulan untuk disiapkan.

“Penduduk yang dipilih tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan termasuk kos kerja-kerja pendawaian elektrik dan pemasangan paip,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori