Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Universiti Arah Pelajar Wanita...

LUSAKA - Sebuah universiti terkemuka di Zambia, meminta pelajar perempuan tidak kunjungi perpustakaan...

Malaysia Anjur Maksak Asean...

IPOH - Malaysia akan menganjurkan kejohanan sukan perkhidmatan awam Asean yang pertama pada...

Zakir Naik Didakwa Terlibat...

NEW DEHLI - Pendakwah terkenal, Dr. Zakir Naik didakwa terlibat dalam aktiviti pengubahan...

Scha Lebih Penyabar Lepas...

PELAKON Scha Alyahya berkata dia kini lebih banyak bersabar dan tidak mudah naik...

Kerajaan Bakal Umum Kelonggaran 3 SOP Utama

SEREMBAN: Kerajaan akan mengumumkan kelonggaran tiga prosedur operasi standard (SOP) utama yang diguna pakai sejak negara dilanda pandemik COVID-19, dalam masa terdekat.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia membabitkan SOP berhubung pemakaian pelitup muka di tempat awam, mengimbas kod QR MySejahtera dan keperluan menjalani ujian saringan pantas antigen (RTK-Ag) di lapangan terbang.

Perdana Menteri berkata, pengumuman itu bakal meliputi sama ada SOP berkenaan perlu diteruskan atau sebaliknya.

Beliau berkata, tiga perkara terbabit sedang diteliti dan dibincangkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Ada tiga perkara besar, saya tidak pasti bila ia akan diumumkan, namun KKM sedang berbincang serta bermesyuarat mengenai pelitup muka, MySejahtera dan sama ada perlu melakukan ujian PCR/RTK sebaik saja tiba di lapangan terbang atau ketika memasuki pusat beli-belah atau mana-mana tempat awam.

“Tunggulah, kita akan umum. Kita doakan berita gembira,” katanya kepada pemberita selepas melawat sebuah pusat perlindungan kanak-kanak, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.


Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, kerajaan tidak bercadang untuk kembali mengetatkan SOP, sebaliknya kelonggaran akan diberikan dari semasa ke semasa.

Beliau yakin, perkara itu menggembirakan rakyat tetapi pada masa sama, ada yang bimbang sekiranya terlalu bebas.

“Itulah sebabnya perlu seimbangkan. Jika kita terlampau bebas, rakyat takut tetapi seperti yang saya kata, kerajaan tidak akan mengundur ke belakang, sebaliknya memberi kelonggaran dari semasa ke semasa.

“Sekarang, kita sudah boleh balik kampung untuk beraya dan sebagainya tetapi masih perlu memakai pelitup muka walaupun tiada lagi penjarakan fizikal seperti dulu yang menyebabkan tindakan boleh diambil jika ia dilanggar,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan lebih banyak kelonggaran SOP yang diguna pakai sejak negara dilanda COVID-19, dijangka diumumkan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, dipetik berkata kejayaan pengurusan COVID-19 di negara ini menyaksikan jangkitan wabak itu semakin terkawal, selain penurunan kemasukan kes ke hospital.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori