Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Lelaki Cedera Parah Kereta...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki cedera parah selepas kereta dipandunya terbabas dan terjatuh...

KKM Arah Tarik Balik...

PETALING JAYA : Dua produk mi segera iaitu Mi Kari Putih Penang Alai...

Beruk Gayat Terpaksa Minta...

POKOK kelapa sememangnya sinonim dengan haiwan beruk yang memanjatnya bagi mendapatkan buah. Namun, lain...

Pahang Bakal Terima RM1.386...

KUANTAN - Pahang bakal menerima kemasukan pelaburan dari China berjumlah RM1.386 bilion ekoran...

Kerajaan Garis Langkah Atasi Harga Rumah Mahal

KUALA LUMPUR – Kerajaan melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) telah menggariskan langkah segera dan jangka panjang yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah harga rumah mahal.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bertujuan memperkasakan pemilikan rumah mampu milik bagi golongan berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan sederhana (M40) tanpa menanggung beban kewangan yang tinggi melalui program perumahan mampu milik.

Menurutnya, selari dengan pertumbuhan ekonomi, perumahan juga menjadi keperluan kehidupan yang mendesak buat Keluarga Malaysia.

“Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu akibat Covid-19, harga rumah masih dianggap terlalu mahal dan sukar dimiliki oleh golongan muda khususnya.

“Setiap Keluarga Malaysia pastinya mengimpikan kehidupan yang Harmoni, rumah yang selesa di samping kerjaya yang baik.

“Impian ini tidak mustahil untuk dicapai lebih-lebih lagi dengan adanya sokongan padu daripada agensi-agensi yang berkaitan dalam mendukung aspirasi ini,” katanya dalam ucapan pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Residensi PR1MA Astrum Ampang pada Jumaat.


Hadir sama, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya dan Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Seri Mohd Nazri Md Sharif.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, untuk mencapai hasrat tersebut, kerajaan akan terus menggalakkan pembinaan rumah mampu milik seperti yang dilakukan oleh PR1MA.

“Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada PR1MA kerana telah berusaha untuk menyahut seruan kerajaan dalam membina lebih banyak rumah mampu milik di bawah RMK12 serta mencari penyelesaian dalam masalah pembiayaan perumahan yang membelenggu Keluarga Malaysia.

“Saya difahamkan, pihak PR1MA telah membuat pendekatan pemilikan rumah secara holistik iaitu daripada membina rumah sehinggalah mencari solusi dalam mencari pembiayaan yang bersesuaian buat pembeli.

“Kerajaan akan terus menyokong usaha PR1MA dalam menjalankan mandat mereka dan membantu golongan berpendapatan sederhana memiliki rumah sendiri yang membolehkan penghuninya menikmati kehidupan yang mampan,” katanya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori