Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Program Perkampungan Sunnah Di...

KANGAR - Program Perkampungan Sunnah, yang membicarakan intipati hadis, di Masjid Alwi Kangar...

Apa Hubungan Parti MUDA...

Mungkin ramai sudah terlupa tentang Numan Afifi. Seorang aktivis lesbian, gay, biseksual dan...

Timbalan Pengerusi Veteran UMNO...

KOTA BHARU - Timbalan Pengerusi Veteran UMNO negeri, Datuk Kamarudin Abdullah cedera parah...

Lebih 1,400 Doktor Kontrak...

KUALA LUMPUR : Seramai 1,497 pegawai perubatan lantikan kontrak meletakkan jawatan atas pelbagai...

Kerajaan Negeri Peruntuk RM29.9 Juta Untuk BPP 2022

LIPIS : Kerajaan Pahang memperuntukkan RM29.9 juta menerusi pemberian Bantuan Prihatin Pahang (BPP) tahun ini secara one-off.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemberian BPP itu melibatkan 297,013 penerima daripada empat kluster sasaran, iaitu Kluster Pelajar dan Anak Muda, Kluster Golongan B40, Kluster Umum serta Kluster Apresiasi.

“BPP 2022 secara bersasar ini akan disalurkan mulai bulan ini hingga Julai dimulai dengan pemberian Sumbangan Awal Persekolahan membabitkan 25,146 pelajar Tahun Satu masing-masing memperoleh RM100 tunai melibatkan peruntukan sebanyak RM2,514,600. Inisiatif ini juga melibatkan seramai 9,000 orang veteran tentera dan polis, 4,500 nelayan, lebih 10,000 penjaja harian, hampir 1,000 pemandu teksi, lebih 40,000 pelajar universiti, 700 pelajar anak yatim, 7,000 ibu tunggal, 2,000 pengusaha e-hailing, serta 851 pengusaha bot dan pemandu pelancong menerima sumbangan RM200 tunai membabitkan peruntukan hampir RM16 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian BPP, Sumbangan Ihya Ramadan 1443 Hijrah Dengan Kerjasama Yayasan Pahang dan Majlis Berbuka Puasa di Laman Sejahtera Jelai, Sungai Koyan di sini semalam.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Mohd. Noor; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang.

Sempena majlis tersebut, Wan Rosdy turut menyampaikan sumbangan Ihya Ramadan kepada 426 penduduk kurang berkemampuan dari 13 buah kampung kawasan Jelai masing-masing bernilai RM200 dan buah kurma melibatkan implikasi kewangan RM100,000.

Menurut Wan Rosdy, BPP juga membabitkan inisiatif untuk seramai 3,600 anak muda lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan menerima RM200 bagi mengambil lesen motosikal dengan nilai peruntukan RM720,000.

Beliau berkata, turut menerima insiatif BPP sebanyak RM300 tunai iaitu seramai 200 orang penggiat media sosial seperti blogger, pempengaruh dan YouTuber.


“Tidak dilupakan 2,400 pelajar tahfiz dan 500 gelandangan akan menerima RM100 tunai manakala lebih 25,000 orang pelajar yang menduduki peperiksaan SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun ini masing-masing memperoleh RM100 dalam bentuk tambah nilai dengan nilai peruntukan lebih RM2.877 juta. Bantuan Kerajaan Negeri ini turut melibatkan sumbangan kotak Aidilfitri kepada penduduk kampung dan masyarakat orang Asli dengan nilai peruntukan RM6.53 juta,” katanya.

Wan Rosdy berkata, pemberian BPP itu dapat dilaksanakan berasaskan keupayaan kedudukan kewangan Kerajaan Pahang yang kukuh pada masa kini diperolehi menerusi kutipan hasil daripada semua agensi di bawah kerajaan negeri.

Mengulas lanjut, Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai berkata, setiap hasil yang diperolehi akan dipulangkan semula kepada rakyat supaya dapat berkongsi rezeki demi kemakmuran serta kesejahteraan bersama.

“Saya percaya, sekiranya sasaran hasil RM1 bilion pada tahun ini tercapai, tidak mustahil Kerajaan Negeri berupaya untuk meneruskan lagi bukan sahaja BPP, tetapi juga bantuan atau inisiatif lain untuk rakyat di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata, sehingga akhir tahun lalu, kerajaan negeri telah membelanjakan sebanyak RM75.03 juta bagi tujuan perbelanjaan pengurusan dan operasi bantuan kepada rakyat dalam tempoh penularan wabak Covid-19.

Jelasnya, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM31.3 juta telah diagihkan melalui pakej BPP yang dilaksanakan melalui empat fasa khusus kepada golongan sasaran.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori